PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Artikel Pilihan. Show all posts
Showing posts with label Artikel Pilihan. Show all posts

Artikel Pilihan: Budak Poli Pecah Dominasi - Harian Metro!

Ditulis oleh; Unknown on

Entiti pengajian tinggi yang kian meraih perhatian masyarakat ialah politeknik sebagai institusi yang melahirkan ramai tenaga pakar sains dan teknologi.

Justeru itu, kebolehan siswazahnya menguasai pasaran kerjaya sememangnya diperakui pihak majikan dalam melahirkan modal insan yang bertaraf tinggi sarat dengan potensi yang diperlukan sektor industri.

Bahkan mengikut statistik Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), sehingga 2013 sudah ada 32 politeknik di seluruh negara. Antara politeknik yang makin terserlah terutama dalam bidang automotif ialah Politeknik Muadzam Shah (PMS), Pahang, yang ditubuhkan sembilan tahun lalu.

Meskipun dilihat masih mentah dalam pengajian teknikal, ‘catatan tarikh lahirnya’ yang muda itu tidak sedikitpun bermakna pensyarah dan pelajarnya kekurangan berbanding institusi pengajian tinggi (IPT) lebih ternama.

Terbukti dalam bidang kejuruteraan mekanikal, PMS bukan lagi ‘hijau’ kerana namanya kian gah menaiki podium beberapa kejohanan antara varsiti negara.

Antara pencapaian digondol ialah tersenarai dalam ‘top five’ Kejohanan Formula Varsiti anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tahun lalu.

Kejayaan manis dikecapi sepanjang 2012 tidak langsung melekakan PMS terus bermegah diri dengan keupayaan memecah dominasi beberapa IPT elit lain apabila sekumpulan pelajar bersama pensyarah Kejuruteraan Mekanikal politeknik itu giat membina model kereta lumba berkonsep Formula Varsiti bagi persiapan menghadapi Kejohanan Formula Unimap, tiga bulan lagi.

Pengurus Projek Inovasi Formula PMS, Mohd Shazwan Dahlan, 26, berkata seramai 10 pelajar semester lima Kejuruteraan Mekanikal dipilih membarisi pasukan Formula PMS, Auto Mech Racing Team PMS.

Setiap peserta sudah melalui proses saringan, malah kebolehan serta penguasaan mereka dalam bidang automotif dikenal pasti bagi menepati keberkesanan fungsi sepanjang proses menyiapkan jentera terbabit.

“Mereka yang terpilih sangat positif dengan mempamerkan komitmen tinggi menyiapkan model kereta bagi menghadapi kejohanan di Perlis nanti. Nyata mereka dapat mengaplikasi segala ilmu di dalam bilik kuliah. Mereka berjaya mewujudkan persefahaman padu dalam menjayakan projek ini,” kata Mohd Shazwan.

Penyelia Bahagian Teknikal dan Taktikal Pemanduan, Mohd Faizal Ngaimon, 35, pula menjelaskan, barisan PMS kali ini amat ketara kerana mereka sudah mengenal pasti beberapa kelemahan khususnya dalam bahagian teknikal enjin dan komponen luar kereta yang harus diperbaiki.

“Kami cuba memahirkan skil pelajar agar mereka mampu mengubahsuai dan membuat inovasi kelas tinggi pada beberapa aspek teknikal kenderaan. Kegagalan pelajar memahami serta tiada kemahiran dalam aspek penyediaan kereta baik dalaman mahupun luaran, kereta Formula dihasilkan gagal memecut laju di atas litar.

“Ketika ini usaha membantu pelajar menghadapi kejohanan itu, pihak kami menjalankan kajian terperinci. Antaranya pandu uji agar aspek seperti taktikal pemanduan boleh memberi kelebihan kepada pasukan kami.

“Untuk kejohanan sukan lumba kereta, bukan saja kereta menjadi faktor penentu, pelumba atau pemandu kereta itu perlulah mempunyai daya tahan dan kecekapan, selain disiplin diri yang tinggi. Namun saya amat yakin, pemandu pasukan PMS mampu memberi yang terbaik sewaktu kejohanan dilangsungkan nanti,” katanya.

Seorang ahli pasukan PMS, Mohamad Hafizi Ismail, 20, berkata dia teruja menyertai pasukan politeknik berkenaan biarpun itu penyertaan kali kedua sebaik dipilih mengang­gotai pasukan Auto Mech Racing.

“Ketika Kejohanan Formula Varsiti UTeM, tahun lalu, saya diberi tanggungjawab sebagai ‘fabricator’. Saya menyediakan satu set peralatan yang diubah suai mengikut saranan ahli pasukan.

“Lebih menggembirakan pasukan kami berjaya hingga mendapat tempat kelima daripada 36 jentera yang bertanding. Ini menandakan kami mewakili PMS, sudah mampu menyelit nama dalam kalangan IPT elit kejohanan berprestij itu,” katanya.

Rakannya, Mohamad Taufiq Md Osman Ani, 20, menjelaskan bidang inovasi dalam automotif sangat diminatinya kerana sejak kecil lagi dia bercita-cita menjadi jurutera automotif.

“Sejak menjejakkan kaki di PMS, tiada sedetik pun saya berasa sesal memilih bidang kejuruteraan automotif. Usaha ditaburkan baik dari segi wang ringgit, masa mahupun tenaga selama lebih dua tahun pengajian amat berbaloi.

“Di sini kami didedahkan ilmu dan kemahiran dalam bidang inovasi industri khususnya dalam automotif. Kami diberi ruang dan peluang seluas-luasnya untuk menjana idea serta menzahirkannya dalam praktikal ketika di bengkel.

“Nyata pensyarah Kejuruteraan Mekanikal PMS begitu komited menjadikan kami sebagai pelajar bercirikan jurutera unggul dalam bidang inovasi,” kata pelajar berasal dari Muar, Johor, itu.

PROFIL:

Nama: Mohd Shazwan Dahlan
Usia: 26 tahun
Jawatan: Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Automotif )
Peranan: Pengurus projek

Nama: Mohamad Hafizi Ismail
Usia: 20 tahun
Asal: Langkawi, Kedah
Pengajian: Semester 5 Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Pengkhususan: Rekabentuk Automotif
Cita-cita: Jurutera Mekanikal Perodua

Nama: Mohamad Taufiq Md Osman Ani
Usia: 20 tahun
Asal: Muar, Johor
Pengajian: Semester 5 Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Pengkhususan: Rekabentuk Automotif
Cita-cita: Jurutera Automotif

Nama: Mohd Faizal Ngaimon
Usia: 35 tahun
Jawatan: Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Peranan: Penyelia Teknikal dan Taktikal Pemanduan

INFO:

Projek: Rekabentuk dan Inovasi Automotif
Jumlah terbabit: 10 pelajar Semester Lima
Anjuran: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PMS
Penyelia: 10 tenaga akademik
Kejayaan: Tempat kelima Kejohanan Formula Varsiti UTeM, Melaka, 2012
Penaung Projek: Pengarah PMS, Norlida Abd Razak

- See more at: http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013062220414920130622204149/2013/Article/index_html#sthash.vLQfZ2rL.dpuf
Sila baca selanjutnyaArtikel Pilihan: Budak Poli Pecah Dominasi - Harian Metro!

Artikel Pilihan: Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

Ditulis oleh; Unknown on

Assalam'mualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kita masih diberi kesempatan sehari lagi untuk terus hidup mentadbir alam ini. Pertamanya, saya bagi pihak Politeknik Muadzam Shah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua Ahli Jawatankuasa dalam menjayakan Majlis Konvokesyen PMS Kali Ke-7 yang telah diadakan pada 9 April 2013. Tahniah diucapkan.

*Sila klik gambar untuk saiz besar

Berbalik kepada topik utama hari ini, membawa tajuk "Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu. Memetik sebahagian sumber berkaitan, MPK diberi tanggungjawab merealisasikan pelaksanaan projek itu sejak 2010 supaya lombong yang ditutup 26 tahun dahulu dibaik pulih sebagai lokasi pelancongan.

Apabila lombong itu dibuka kepada orang ramai pada awal tahun depan, mereka boleh melaluinya dengan menaiki keretapi mini ke dalam terowong sejauh 1.5 kilometer.

Di dalam terowong tersebut nanti, pelancong berpeluang melihat pameran-pameran berhubung lombong Sungai Lembing. Menariknya, pelancong juga berpeluang mendulang bijih timah asli di luar terowong itu.

Pengunjung yang memasuki terowong itu juga akan dapat melihat 'Lubang Sejuta' yang mempunyai sejarah tersendiri.

Katanya, mengikut perancangan, kira-kira 50 orang dibenarkan memasuki terowong itu bagi tempoh sejam dan ia dijangka dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Terowong itu mempunyai tiga pintu masuk dan pengunjung boleh menyelusuri laluan yang disediakan dan di laluan itu nanti akan diletakkan patung (simbolik kepada pelombong) dalam pelbagai posisi seperti mendulang, mengorek dan sebagainya.

Turut sama hadir pada Majlis Perasmian "Program 1Siswa 1Komuniti" yang diadakan di Kampung Melayu, Sungai Lembing adalah para pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dan Pn. Norlida binti Abd Razak, Pengarah Politeknik Muadzam Shah serta beberapa Pegawai-pegawai Kanan yang lain.
Sila baca selanjutnyaArtikel Pilihan: Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

Berita PMS Sekali Lagi Di Akhbar Tempatan!

Ditulis oleh; Unknown on

Assalammu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selamat bertugas dan selamat memulakan sesi baru pembelajaran buat semua warga Politeknik Muadzam Shah khususnya kepada para pelajar politeknik. Kali ini, penulis ingin kongsikan artikel "Penuntut Politeknik Buang Undi Pilih JPP" yang telah disiarkan di akhbar Sinar Harian minggu lepas.

Sedikit kupasan dari akhbar berkenaan;
"Dianggarkan lebih 1000 penuntut membuang undi dengan menyaksikan 17 calon bersaing untuk merebut tujuh kerusi umum dipertandingkan. Bermula dengan perang poster seminggu lalu, calon turut membentangkan manifesto masing-masing supaya penuntut dapat membuat keputusan tepat. Tahniah diucapkan kepada semua telah dipilih. Jalankan tanggungjawab anda sesuai dan setimpal dengan amanah yang diamanahkan".
Sila baca selanjutnyaBerita PMS Sekali Lagi Di Akhbar Tempatan!

PMS di Harian Metro Hari Ini!

Ditulis oleh; Unknown on

Assalammu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sudah agak lama tidak mengemaskini data dan artikel baru blog PMS ini. Sibuk dengan pelbagai aktiviti menyebabkan blog ini tidak dapat dikemaskini. Namun begitu, blog ini akan kembali aktif bermula hari ini. InsyaAllah.

Alhamdulillah selepas beberapa ketika, Politeknik Muadzam Shah kini sudah mula dikenali. Selain sering diketengahkan dalam ruangan media massa dengan pelbagai artikel dan pendedahan kepada dunia luar, Politeknik Muadzam Shah (PMS) sekali lagi muncul dalam satu ruangan di Harian Metro pada hari ini. Pada kali ini artikel yang membawa tajuk Jentera PMS Ke-5 Terbaik memasuki ruangan media tempatan.

Tahniah diucapkan.
Sila baca selanjutnyaPMS di Harian Metro Hari Ini!

Pusat Islam PMS di Utusan Malaysia!

Ditulis oleh; Unknown on

Peranan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukan sahaja melahirkan penuntut cemerlang tetapi juga mewujudkan modal insan berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Di dalam kampus, pelbagai kegiatan berfaedah boleh dilakukan sama ada melakukan aktiviti rekreasi, bersukan dan berdakwah.

Bagaimanapun penekanan pada unsur-unsur kerohanian juga diberi keutamaan supaya para penuntut tidak mengabaikan tuntutan agama selain memberi tumpuan terhadap pengajian masing-masing. Politeknik Muadzam Shah (PMS) yang terletak di Muadzam Shah dekat sini turut mempunyai fungsi tersendiri dalam membentuk sahsiah diri para penuntutnya supaya mengimbangi tuntutan agama dan duniawi.

"Bukan setakat mendirikan solat dengan selesa tetapi kami juga mengadakan pelbagai aktiviti demi manfaat seluruh warga kampus khususnya para penuntut," - Ustaz Badrul Hakimi

Pusat pengajian itu merupakan wadah utama dalam melahirkan modal insan berintelektual dan berkemahiran dalam bidang teknologi. Pembinaan bangunan Pusat Islam dan masjid di dalam kampus institut itu menjadi wadah dalam menjalankan kegiatan berbentuk aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Pusat Islam PMS menjadi tumpuan menjalankan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan

Projek pembinaan yang dimulakan pada 2005 dan siap sepenuhnya empat tahun kemudian membolehkan warga PMS termasuk para penuntutnya menjalankan aktiviti keagamaan dengan selesa. Menurut Imam 1 Pusat Islam tersebut, Badrul Hakimi Mohd. Bastaman, masjid yang memainkan pelbagai fungsi untuk masyarakat di sini itu mampu memuatkan sekitar 1,500 hingga 2,000 jemaah pada satu-satu masa sekali gus menjadi tumpuan segala kegiatan keagamaan para penuntut di situ.

Katanya, bangunan baharu itu banyak memberi keselesaan kepada seluruh warga kampus untuk menunaikan solat di samping mengikuti pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

"Bukan setakat mendirikan solat dengan selesa tetapi kami juga mengadakan pelbagai aktiviti demi manfaat seluruh warga kampus khususnya para penuntut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Badrul berkata, antara aktiviti dijalankan adalah mengadakan kelas tajwid, tarannum al-Quran, kuliah mingguan, program celik al-Quran dan solat pintar. Menurutnya, aktiviti dianjurkan itu dilaksanakan dengan kerjasama seluruh kakitangan akademik Jabatan Pengajian Am bagi pendidikan agama Islam.

"Sambutan diterima cukup menggalakkan kerana mereka sentiasa menghadiri program dianjurkan oleh pihak kami," katanya.

Jelasnya, pada tahun ini, segala perancangan bagi menyemarakkan aktiviti keagamaan menerusi Pusat Islam berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Mengenai kemudahan yang terdapat di situ, Badrul berkata, bangunan tersebut mengandungi dua tingkat dengan bahagian bawahnya untuk jemaah lelaki dan atas pula untuk wanita.

Katanya, pusat tersebut juga dilengkapi dengan bilik imam, bilik penceramah, perpustakaan mini, bilik komputer dan bilik perbincangan.

"Pusat Islam PMS mampu menjadi platform berkesan dalam merencanakan apa sahaja aktiviti bercorak agama dan sosial untuk para penuntut dan seluruh warga kampus lain," ujarnya.

Akhbar bertarikh: 11 Disember 2012/ Utusan Malaysia

Sila baca selanjutnyaPusat Islam PMS di Utusan Malaysia!

Lecturer-Student Relationship - Anything Wrong? (Artikel Pilihan)

Ditulis oleh; Unknown on

Scanning through the campuses, either IPTA or SWASTA, there is no doubt that the relationship between lecturers-students nowadays differs compared to the old days. Today they are much closer than before with the reason of knowledge sharing. They sometimes create reasons to avoid misunderstanding of their closeness. What to do…our Malaysians are quite famous with their “busy-bodiness”..Especially gossips.

The relationship between lecturers and students and the closeness that occurs between them is acceptable but of course with a limit. If both parties are clear of the limitation between them, they will not involve with each other to “fulfil their desire”.

There are times that life is like a joke or a drama. The lecturers spend time with their own students, strolling around during working hours while their students willingly entertain them to get good grades. This is absolutely unethical.

Minister of Higher Education should be particular with such problem and prepares the act in prohibiting lecturer-student relationship. They should not be lovey-dovey but to be serious with their actual responsibility of educating and gaining knowledge.

In a nutshell, lecturer-student relationship should not be a problem as far as they do not go beyond the boundary but to carry out their duties as they should. Students should of course fill in their empty vessels with knowledge while the lecturers lay helping hands along the way. No one should be blamed if they get into the “love trap”, but it must not hinder them from fulfilling their duties. Most importantly, they should live as a life as pure campus students to avoid misconduct.

Azri Abd. Rajid
Library
 
Sila baca selanjutnyaLecturer-Student Relationship - Anything Wrong? (Artikel Pilihan)

Writing Contest: Staf PMS Harumkan Nama Politeknik Muadzam Shah!

Ditulis oleh; Unknown on

Tahniah diucapkan kepada En. Yazid bin Yahya atas kejayaan sekali lagi memenangi pertandingan menulis karangan yang dianjurkan oleh En. Safial Eqbal bin Zakaria (Tenaga Pengajar Universiti Putra Malaysia). Rentetan dari kemenangan itu, En. Yazid sekali lagi berjaya mengharumkan nama Politeknik Muadzam Shah setelah berjaya dalam satu lagi pertandingan penulisan kreatif melalui artikel: Lecturer-Student Relationship, Anything Wrong?

Untuk pengetahuan pembaca, para peserta diminta untuk menulis berdasarkan gambar yang diberikan (gambar bawah). En. Yazid telah menghantar 3 karangan berlainan dan karangan yang memenangi kategori Bahasa Inggeris adalah karangan ini:-

There is a riddle I want you to play,
I hope you won’t be taking the whole day,
To solve this brain-twisted question,
You need to see beyond your vision..

Behold the picture that you were given,
Make sure your mind isn’t already stiffen,
Because to find the key to unlock,
All you need to do is think-out-of-the-box..

There is something wrong with the given picture,
Something that is not supposed to be there,
Can you come up with a perfect answer,
That will make your consciousness clear?

Is it the color that is absolutely wrong?
Yellow instead of red is somewhat not so strong?
If that is your final observation,
Sorry to burst your bubble, but the color is not the question..

It is painted yellow for only one mean,
Because the water is connected to public main,
When you see other color, don’t be intimidated,
Because there are also hydrants which are white and violet..

Is it the placement that catches your attention?
You may think the sidewalk is not a suitable location.
I doubt that this is a strong  counterclaim,
The placement is definitely not the answer I aim..

A hydrant is essential in a time of tragedy,
To put out flames that brings people misery,
To place it at a spot that is easy to reach,
Is the best approach someone can come up with..

It’s only fair for me to give the answer now,
If you haven’t still discovered it somehow,
What is wrong with the picture provided?
It is the car behind the hydrant..

A common-sense law is violated here,
To park a car where a hydrant’s near,
This act is selfish, it’s disproportionate,
It’ll cost so much to the ones who’s unfortunate..

So people please,
Don’t park anywhere near a fire hydrant!!

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada En. Yazid bin Yahya. Kepada mereka yang masih belum mengenali En. Yazid, beliau merupakan staf Jabatan Pengajian Am. Nak dapatkan maklumat selain dari itu kena "pegi" Jabatan Pengajian Am dan berjumpa dengan beliau sendiri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai pertandingan menulis karangan tersebut bolehlah ke blog beliau melalui LINK INI!
Sila baca selanjutnyaWriting Contest: Staf PMS Harumkan Nama Politeknik Muadzam Shah!

Lecturer-Student Relationship, Anything Wrong? (Artikel Pilihan)

Ditulis oleh; Unknown on

Wait, what?
Why would that be wrong?
Does it stated anywhere in the law saying that it is wrong?
No, there aren’t any.
So why would that be wrong?

Is it wrong because of age barrier?
Of old lecturers and young students?
First of all, not all lecturers are old.
Second of all, not all students are young.
Third of all, it is not illegal for old people to get involved with younger people.
So age barrier is a no-go.

Is it wrong because of bias factor?
Or unfair treatment among students which leads to favoritism act by the lecturer?
First of all, lecturers are known for their professionalism.
So the chances of them being one-sided prick is really low.
Second of all, it is hard to be prejudice while all of the assessment for the students already have their own format.
So bias factor is not a valid excuse.

Is it wrong because people say it is inappropriate?
If this is the issue, then it depends on the beholder itself.
Why is it unsuitable?
Because students are supposed to ONLY study?
Because students are too young to handle an affair?
Yet there are lots of students who bud love among themselves.

Is it too hard to comprehend that this improper feeling of a lecturer having a relationship with a student is just a shallow-minded way of rejecting the unfamiliarity?
Or a kampong-ish way of digesting what relationship stands for?
Or an implausible argue in aiming towards the negative meaning of the word ‘relationship’?

Whatever it is,
I do believe that since some time ago,
people have been starting to interpret this type of relationship from a better view.
To find that there’s really nothing wrong with lecturer-student relationship.

And I AGREE with them.
____________________________

Yazid Yahya
Pembantu Makmal C17
Jabatan pengajian Am
Politeknik Muadzam Shah
Blog: The Plain Yard

*Artikel ini telah memenangi WRITING CONTEST yang telah dianjurkan oleh seorang blogger terkenal yang juga merupakan seorang tenaga pengajar di Universiti Putra Malaysia, Mr. Safial Eqbal bin Zakaria. Tahniah buat Yazid bin Yahya yang telah mengharumkan nama Politeknik Muadzam Shah.
Sila baca selanjutnyaLecturer-Student Relationship, Anything Wrong? (Artikel Pilihan)