Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Ditulis oleh; Unknown on

Alhamdulillah..bersyukur kita kepada Allah SWT kerana memberikan kita sehari lagi untuk terus hidup dimuka bumi Allah SWT ini..setelah menghadapi mingu-minggu yang mencabar sejak kebelakangan ini..kini Admin dapat luangkan sedikit masa untuk terus mengemaskini Blog PMS ini dengan sedikit info.

Malam Sejuta Bintang?

Ala-ala Beyonce

 Kamilah pengguna JusMate5 (Produk dR.Rozmey)

Pantang ada majlis para pelajar pasti akan “melaram” (eh ade ke perkataan tu)..pantang ada majlis..pakaian bukan main..”pesen” mengalahkan datin dan dato..mengalahkan artis apatah lagi..dengan lampu lip lap, lip lap memenuhi setiap pakaian pelajar pada malam itu..yelaaa nak menang Anugerah Sejuta Bintanglah katakan..sampai ada fesyen tu..mak aihh..tudung “melingkor” kat leher..ala-ala Hana Tajima lah katakan..tapi tak pe asalkan masih mampu menjaga aurat tu tak de masalah..

 Anugerah Nilam

Macam-macam "pesen" yang boleh dilihat pada malam itu..ala-ala K-Pop pun ada..ala-ala orang Arab Saudi pon ada..ala-ala gadis kampung yang comel pun ada..tak kurang hebatnya pada yang dapat Anugerah Sejuta Bintang..memang stylo mylo aka Milo "sihat dan kuat"..dan yang paling admin rasa best..banyak anugerah disampaikan pada malam itu..dan yang paling admin tertarik adalah Anugerah Nilam (Top Borrower)..ada juga yang hargai Perpustakaan Cyber PMS kan..dan sesungguhnya pemenang Anugerah tu memang layak sebab dia memang rajin pinjam buku..


Begitu juga dengan suasana majlis yang seakan-akan Anugerah artis-artis kat TV..apa tidaknya..jurukamera bukan main ramai lagi mengalahkan orang yang terima anugerah lagi..bila Emcee sebut je penerima anugerah..maka, berlari anak la mereka yang  bergelar jurukamera mengambil gambar penerima anugerah..

"Bidan Terjun"

Tabik pada Mr. Mohd. Zainal bin Mat Il (bidan terjun) yang mampu menyampaikan ucapannya walaupun pada saat akhir tetiba dilantik menjadi perasmi majlis atas ketiadaan Timbalan Pengarah, Tn. Hj. Nor Rahim bin Muhayat bagi menyempurnakan majlis..dengan spontan nya En. Mohd. Zainal mampu melaksanakan tugasnya dengan begitu baik. (Sekadar teguran: Nanti sebut nama VVIP kena betul tau..En. Mohd. Zainal bin Mat Il).

Antara VVIP Malam Sejuta Bintang - Ala-ala Artis 

Emcee pula bergandingan dengan begitu baik..Namun begitu apa yang kurang elok adalah ketika mana perpindahan dari Emcee Formal kepada Emcee yang berbentuk santai..kelihatannya sedikit berterabur..Gandingan Bella dan Ammar nampaknya "serasi" namun tidak begitu berjaya..mungkin kerana Ammar yang sedikit tergagap-gagap dalam melontarkan suaranya yang agak seperti "kanak-kanak" Tom-Tom Bak itu..walaubagaimanapun, mereka masih lagi mampu untuk meneruskan majlis dengan begitu baik sekali..

Cumanya apa yang kurang baik didengar adalah ketika mana para penonton bersorak dan kelihatannya majlis yang pada mulanya formal bertukar sedikit berterabur..memandangkan VVIP ada di dalam dewan mungkin di masa akan datang urusetia dan jawatankuasa program boleh memperbetulkan masalah itu..
Apapun tahniah kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang berjaya menganjurkan program ini seadanya..walaupun ada beberapa kecacatan yang sangat jelas..namun ianya masih boleh diperbaiki dari semasa ke semasa..Tahniah..

Suasana Malam Sejuta Bintang 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment