Unit Kualiti

Ditulis oleh; Unknown on

Unit kualiti adalah sebuah organisasi yang diwujudkan bagi membangunkan dan memantau serta menambaik Sistem Pengurusan Kualiti di Politeknik Muadzam Shah. Unit ini juga berperanan sebagai satu sistem pengurusan kualiti yang konsisten dan boleh dijadikan panduan yang jelas kepada pensyarah dan staf dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

Objektif

1. Memberikan perkhidmatan kualiti yang memuaskan dan dapat memenuhi kehendak pelanggan PMS.
2. Mewujudkan dan mengekalkan persekitaran kerja secara berpasukan dan profesional diantara kakitangan dan pelanggan.
3. Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan serta segala peruntukan sumber digunakan secara optimum.

Fungsi

1. Urusan Kajian Semula Pengurusan.
2. Urusan Kawalan Dokumen.
3. Urusan Tindakan Pembetulan, Pencegahan, Penambahbaikan.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment