PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Ditulis oleh; Unknown on


Politeknik Muadzam Shah (PMS), Pahang  buat julung kalinya telah menyertai pertandingan Formula Varsity anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang telah berlangsung pada 12 hingga 14 Oktober 2012 yang lalu di Melaka International Motorsport Circuit (MIMC). Politeknik Muadzam Shah (PMS) telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan dari pelbagai IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia. Jika di kategorikan dalam kumpulan Politeknik Malaysia, Politeknik Muadzam Shah (PMS) berada di tempat yang ke-2 selepas Politeknik Seberang Perai. Kejayaan yang diraih ini semuanya bermula dari bulan Mei 2012, terdiri daripada 10 orang pelajar dan di bantu oleh 8 orang pensyarah yang mahir dalam pelbagai bidang dan dikenali sebagai PMS AutoMech Racing Team. Antara pensyarah yang terlibat adalah En. Razis bin Othman, En. Khairul Amin bin Barkawi, En. Mohd Faizal bin Ngaimon, En. Mohd Rizal Azman bin Riffin, En. Mohd Nazruddin bin Mohd Nizam, En. Mohd Shazwan bin Dahlan, Pn. Fathiah bin Mohamamed Jamil dan Pn. Siti Hanis-Syazana binti Mohamad sebagai pengurus pasukan.

Pemilihan  pelajar  telah  dibuat  melalui  temuduga  terbuka  dikalangan  pelajar Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Muadzam Shah yang berminat dengan dunia permotoran. Jawatan-jawatan yang dibuka adalah Designer, Fabricator, Fitter, Foreman dan Technician. Kriteria-kriteria pelajar yang diperlukan bagi mengisi jawatan-jawatan tersebut telah diuji berdasarkan pengetahuan am berkenaan dengan automotif, mekanikal, penyelesaian masalah dan juga pengalaman pelajar. Untuk makluman semua, 10 orang pelajar terbabit yang berjaya dalam  sesi temuduga ini terdiri dari pelajar semester 2, iaitu pelajar senior pada ketika itu. Kini 10 orang pelajar ini berada di semester 3 dan telah berjaya menghasilkan sebuah jentera untuk menghadapi perlumbaan yang mana pensyarah terlibat telah membantu dari segi kemahiran, mengeluarkan idea, tunjuk ajar dan sokongan kepada pelajar bagi menghasilkan jentera buatan tangan pertama atau Handmade Racing Car dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah (PMS).

Untuk pertama kalinya PMS AutoMech Racing Team menyertai sukan permotoran yang amat dikenali dan dinanti-nantikan oleh setiap institusi ini, pelbagai rintangan serta kekurangan yang dihadapi tetapi jentera ini berjaya dihasilkan dengan bangganya oleh setiap pelajar dan pensyarah. Kekangan masa dan masalah-masalah yang dihadapi terutamanya ketika hendak melatih pemandu tidak melunturkan semangat Mohamad Taufiq bin Md. Osman Ani dan Muhammad Hilmi bin Rosman dari terus mara. Kejayaan ini membuktikan bahawa segala kekurangan yang ade bukan menjadi penghalang malah ini mematangkan lagi seluruh pasukan PMS AutoMech Racing.

PMS AutoMech Racing Team tidak akan dapat mencapai kejayaan seperti ini tanpa adanya sokongan dari semua pihak yang terus menyokong terutamanya Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Hajah Norlida binti Abd Razak. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan bantuan dan sokongan dari pelbagai segi. PMS AutoMech Racing akan terus mara kehadapan untuk menambahbaik, belajar dan terus bergiat dalam sukan permotoran untuk menaikkan nama Politeknik Muadzam Shah (PMS) di masa hadapan, In Shaa Allah.

Disediakan oleh;
Siti Hanis-Syazana binti Mohamad

Laporan lanjut DI SINI: Laporan - PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment