Assalam'mualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kita masih diberi kesempatan sehari lagi untuk terus hidup mentadbir alam ini. Pertamanya, saya bagi pihak Politeknik Muadzam Shah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah atas semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua Ahli Jawatankuasa dalam menjayakan Majlis Konvokesyen PMS Kali Ke-7 yang telah diadakan pada 9 April 2013. Tahniah diucapkan.
Berbalik kepada topik utama hari ini, membawa tajuk "Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu. Memetik sebahagian sumber berkaitan, MPK diberi tanggungjawab merealisasikan pelaksanaan projek itu sejak 2010 supaya lombong yang ditutup 26 tahun dahulu dibaik pulih sebagai lokasi pelancongan.
Apabila lombong itu dibuka kepada orang ramai pada awal tahun depan, mereka boleh melaluinya dengan menaiki keretapi mini ke dalam terowong sejauh 1.5 kilometer.
Di dalam terowong tersebut nanti, pelancong berpeluang melihat pameran-pameran berhubung lombong Sungai Lembing. Menariknya, pelancong juga berpeluang mendulang bijih timah asli di luar terowong itu.
Pengunjung yang memasuki terowong itu juga akan dapat melihat 'Lubang Sejuta' yang mempunyai sejarah tersendiri.
Katanya, mengikut perancangan, kira-kira 50 orang dibenarkan memasuki terowong itu bagi tempoh sejam dan ia dijangka dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Terowong itu mempunyai tiga pintu masuk dan pengunjung boleh menyelusuri laluan yang disediakan dan di laluan itu nanti akan diletakkan patung (simbolik kepada pelombong) dalam pelbagai posisi seperti mendulang, mengorek dan sebagainya.
Turut sama hadir pada Majlis Perasmian "Program 1Siswa 1Komuniti" yang diadakan di Kampung Melayu, Sungai Lembing adalah para pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dan Pn. Norlida binti Abd Razak, Pengarah Politeknik Muadzam Shah serta beberapa Pegawai-pegawai Kanan yang lain.

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment