Jabatan Kejuruteraan Mekanikal!

Ditulis oleh; Unknown on

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) adalah salah satu jabatan baru yang telah ditubuhkan di Politeknik Muadzam Shah pada akhir November 2010. Penubuhannya adalah selari dengan perpindahan  operasi  PMS daripada Kampus sementara kepada Kampus tetap. Pada masa kini, Jabatan ini dianggotai 30 orang tenaga pengajar termasuk seorang Ketua Jabatan, 3 orang Ketua program dan 26 orang pensyarah akademik. 

Selain itu, JKM mempunyai 3 orang juruteknik,  seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Makmal. Pelajar JKM sehingga Sesi Disember 2011 berjumlah 200 orang dalam program Diploma Kejuruteraan Mekanikal(Automasi), Diploma Kejuruteraan Mekanikal(Rekabentuk Produk) dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal(Rekabentuk Pembuatan Automotif). 

Program

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)

Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi) ini memberi kombinasi yang luas dalam Kejuruteraan Mekanikal yang melibatkan PLC, Robotik, Sistem Kawalan dan lain – lain yang seterusnya membawa kepada   pengkhususan bidang Kejuruteraan Mekanikal (Automasi). Ia juga adalah dalam satu cabang berkaitan dengan industry pembuatan yang memerlukan banyak tenaga kerja hari ini.Bakal graduan akan berpeluang mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

 •         Juruteknik Pembuatan/Automasi
 •         Penyelia Sistem Kawalan
 •         Penyelia Automasi
 •         Pembantu Jurutera
 •         Jurutera

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)

Program Diploma ini memberi asas yang luas dalam Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk) dan seterusnya membawa kepada pengkhususan bidang Kejuruteraan Rekabentuk Produk. Modul pengkhususan adalah yang perlu diambil oleh pelajar disamping kursus  teras dan kursus dalam bidang adalah seperti Rekabentuk Produk 1,2 dan 3, Proses pembuatan, Perkembangan Rekabentuk produk, Ergonomik dan lain-lain.

Lulusan ini berpeluang menceburi pekerjaan dalam pelbagai Industri Mekanikal dan Industri Pembuatan yang berkaitan. Bakal graduan akan mendapat peluang kerjaya dalam bidang seperti :

•    Penyelia
•    Pembantu Jurutera
•    Juruteknik Kawalan kualiti
•    Production/Process Planner
•    Purchasing Planner
•    Product Designer
•    Design Drafter
•    CAD Technician

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)

Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif) ini memberi kombinasi yang luas dalam Kejuruteraan Mekanikal yang melibatkan CAD/CAM, Computer Numerical Control (CNC), Solid Modeling. CNG/NGV Installation dan lain – lain yang seterusnya membawa kepada   pengkhususan bidang Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif). Bakal graduan akan mendapat peluang kerjaya dalam bidang seperti :

•    Juruterknik / Pembantu Teknikal dalam Automotif Pembuatan
•    Juruteknik dalam Industri Automotif (PROTON)
•    Pembantu Jurutera
•    Penyelia Rekabentuk Produk Automotif
•    Pereka Komponen Kereta
•    Automotive Part Manager
•    Pengajar Vokasional
•    Penganalisa Rekabentuk Produk 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment