Sekalung tahniah kepada penganjur program yang
begitu bermanfaat ini..sedikit teguran yang boleh diambil maklum oleh penganjur
dan para peserta.
Modul 1
- Perbanyakkan modul pada SEM depan.
- Perbanyakkan tajuk dan pembelajaran supaya para peserta akan lebih banyak terdedah kepada kehidupan sebenar seorang pemimpin suatu masa nanti.
- Sila jangan cuba untuk pertikaikan modul-modul dan silibus yang telah ditatapkan kerana ianya merupakan syarat yang harus dipatuhi. Peserta Imam Muda ASTRO tidak pernah cuba untuk mempersoalkan silibus dan modul-modul yang terdapat dalam program Imam Muda.
- Sila patuhi segala kehendak soalan. Tidak perlu berdolak dalik mengatakan bahawa soalan adalah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan silibus mahupun modul.
- Sila jawab soalan dengan penuh hormat dan berhemah. Jika tidak tahu akan jawapan kepada soalan. Sila jawab dengan penuh hemah dan hormat kepada juri.
- Juri yang dilantik bukan juri yang dikutip mahupun sekadar mengisi kekosongan. Tapi mereka merupakan orang yang jauh lebih berpengalaman dari anda.
- Perkara paling penting, sila hormati audiens dan para juri. Tanpa mereka siapalah kamu (peserta Imam Muda)..
Modul 2
- Memberikan alas an bahawa kamu bukan TAHFIZ untuk menghafal Surah As-Sajdah dalam tempoh 4 hari bukan alasan bijak untuk anda..asalkan kamu boleh membaca dengan baik..kamu tetap diterima untuk membacanya..kamu masih boleh menggunakan Al-Quran sebagai panduan sekiranya kamu lupa atau tidak mampu untuk menghafal surah-surah berkenaan..juri bukannya tidak berperikemanusiaan..Cuma kamu sendiri yang menutup peluang dan bertindak kurang bijak.
- Sila perbaiki bacaan anda.
- Hafazan tidak begitu menekankan aspek taranum pada bacaan. Namun begitu bertaranum merupakan satu bonus pada anda.
- Pada yang menghafal, sila hafal dengan baik dan elakkan daripada terlupa dan kemudiannya tersalah mencampurkannya dengan surah yang lain.
- Peserta kena yakin dan berpenampilan seperti Imam Muda.
- Bacaan harus jelas dan memenuhi aspek tajwid dan sebutan.
Modul 3
- Pastikan “kiu kad” hanya digunakan pada masa-masa tertentu sahaja dan bukannya membaca keseluruhan isi pada kad kerana ianya akan mengakibatkan markah anda dipotong
- Isi kena jelas dengan fakta beserta contoh
- Bakal Imam Muda haruslah bersedia dalam memberikan respon kepada soalan samaada dari juri mahupun audiens.
- Biarkan juri habiskan dahulu komen barulah dijawab oleh peserta
- Mampu untuk mengolah isi dan mampu untuk menjawab soalan dengan baik dan berkesan
- Pastikan hadis-hadis yang digunakan betul dengan rujukan mana hadis itu diambil.
- Sebelum mengakhiri kalam, para penganjur juga perlu memperbanyakkan kelas bagi para peserta untuk bersama dan belajar dengan mentor-mentor mereka agar mampu untuk bersedia bagi tugasan yang seterusnya.
Akhir kalam, sila ambil maklum dengan semua
teguran-teguran yang diberikan dan saya bagi pihak juri-juri dan para mentor
memohon ampun dan maaf seandainya tersalah dan tersilap bicara..semoga tahun
hadapan Imam Muda akan lebih hebat dan mencabar minda para peserta..Tahniah
kepada imam muda Ahmad Shafiq.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment