Sesebuah organisasi mampu berdiri gagah 
dan cemerlang dengan adanya kakitangan yang kompeten dan berdedikasi 
dalam melaksanakan tugas. Maka tidak hairanlah kakitangan yang kompeten 
merupakan aset yang paling berharga dalam membantu organisasi bergerak 
menuju visi dan misi yang ingin dicapai. Dalam persekitaran teknologi 
yang berubah pantas, kakitangan perlu senantiasa bersedia untuk berubah 
dan belajar bagi meningkatkan daya saing serta kepakaran yang ada.
Justeru itu Unit Latihan Dan Pendidikan 
Lanjutan ditubuhkan bagi membantu mengenalpasti,  merancang, menyelaras,
 dan melaksanakan latihan-latihan yang diperlukan oleh kakitangan 
politeknik. Latihan yang dirancang bukan hanya tertumpu kepada 
peningkatan kemahiran semata-mata malah latihan-latihan berbentuk 
peningkatan kendiri seperti kursus jati diri, komunikasi, integriti, 
kepimpinan, dan lain-lain turut direncanakan setiap tahun.
Selaras dengan keperluan Pembelajaran 
Sepanjang Hayat, ULPL turut menawarkan 3 kategori kursus di bawah 
Program Time Sector Privatisation (TSP) iaitu kursus pendek, kursus 
terlanggan dan Kursus Secara Sambilan. Kursus-kursus ini ditawarkan 
khusus kepada mana-mana institusi, masyarakat setempat dan individu yang
 berminat melalui penggunaan sumber kepakaran dan fasiliti yang terdapat
 di Politeknik Muadzam Shah.
Fungsi
- Menyelaras dan melaksanakan latihan/kursus/bengkel bagi memenuhi keperluan kompetensi semua kakitangan politeknik samada secara dalaman, luaran, formal dan tidak formal.
- Menyelaras kursus pendek, kursus terlanggan dan Kursus Secara Sambilan (KSS) di bawah Program Penswastaan Masa (Time Sector Privatisation).
- Menguruskan penempatan pegawai di industri di bawah program Sangkutan Industri Pensyarah.
- Menguruskan pentadbiran dan urusan penginapan di Ivory Inn.
- Menguruskan sewaan fasiliti Politeknik Muadzam Shah.
 

 

{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment