Unit Perhubungan & Latihan Industri

Ditulis oleh; Politeknik Muadzam Shah on

Unit Perhubungan Dan Latihan Industri (UPLI) merupakan unit yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan Program Latihan Industri para pelajar Politeknik Muadzam Shah. Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Perhubungan Dan Latihan Industri (PPLI) dan dibantu oleh Penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ) dariapada setiap jabatan akademik.
 
Tugas utama unit ini adalah merancang, melaksana, menilai dan memantau perjalanan Program Latihan Industri.

Objektif

1. Berusaha untuk mencapai sekurang-kurangnya 98% kelulusan untuk semua pelajar yang menjalani Latihan Industri pada satu-satu semester dengan sekurangkurangnya 75% daripada lulusan tersebut mendapat kelulusan yang cemerlang.
2. Berusaha untuk melaksanakan 100% penyeliaan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri pada satu-satu semester.

Fungsi

Urusan Persediaan Latihan Industri:

1 Urusan Penyediaaan Takwim Latihan Industri.
2 Urusan Penyediaan Data Pelajar.
3 Urusan Pendaftaran Modul Latihan Industri.
4 Urusan Taklimat 1 BerkaitanTatacara Memohon Tempat Latihan Industri.
5 Urusan Memohon Tempat Latihan Industri Melalui Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI).
6 Urusan Memohon Tempat Latihan Industri Oleh Pelajar.
7 Urusan Pemberian Taklimat 2 Berkaitan Prosedur Menjalani LI dan Penyediaan Laporan.
8 Urusan Persediaan Untuk Pelajar Melapor Diri Di Organisasi.

Urusan Pelaksanaan Latihan Industri:

1 Urusan Pengesahan Lapor Diri Pelajar Di Organisasi.
2 Urusan Pengurusan Lawatan Latihan Industri.
3 Urusan Pengurusan Permohonan Tukar Tempat LI.
4 Urusan Pengendalian Aduan Dari Organisasi.
5 Urusan Pengendalian Aduan Dari Pelajar.
6 Urusan Makluman Tamat LI.

Urusan Penilaian Latihan Industri:

1 Urusan Pendaftaran Pengesahan Tamat LI.
2 Urusan Penilaian Latihan Industri.

Mengenai Penulis:

Azri Abd. Rajid mula terlibat dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007. Beliau sebenarnya berasal dari Keningau, Sabah dan kini menabur bakti di Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Twitter | Facebook

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment