Unit Pembangunan & Penyenggaraan

Ditulis oleh; Politeknik Muadzam Shah on

Unit Pembangunan dan Penyenggaraan adalah unit yang bertanggungjawab untuk mengenalpasti kerja-kerja penyenggaraan, menaiktaraf bangunan, penyenggaraan sistem, penyenggaraan kemudahan, mengurus pembelian alatan penyenggaraan berkala dan menjalankan penyenggaraan berkala. Unit Pembangunan dan Penyenggaraan juga akan memantau projek-projek yang sedang dalam pelaksanaan oleh kontraktor bagi memastikan Politeknik Muadzam Shah berada dalam keadaan yang kondusif, selesa , sempurna dan selamat.

Objektif

1. Memastikan jadual perancangan kerja yang ditetapkan dilaksanakan sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh setahun.
2. Memastikan staff UPP dapat menyiapkan kerja-kerja yang diadukan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh aduan dibuat.

Fungsi

Unit ini bertanggungjawab bagi mengenalpasti kerja-kerja penyenggaraan bangunan, penyenggaraan sistem, penyenggaraan kemudahan, mengurus pembelian peralatan, penyenggaraan berkala serta mengurus skop kerja menaiktaraf bangunan.

Mengenai Penulis:

Azri Abd. Rajid mula terlibat dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007. Beliau sebenarnya berasal dari Keningau, Sabah dan kini menabur bakti di Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Twitter | Facebook

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment