Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual menawarkan pengalaman dan
suasana pembelajaran yang kondusif dan kreatif kepada semua pelajar dan
warga Politeknik Muadzam Shah. Pada ketika ini, Jabatan Rekabentuk dan
Komunikasi Visual mempunyai studio baru dan makamal komputer bagi tujuan
membantu sistem pembelajaran di PMS.
Program
Buat masa ini Politeknik Muadzam Shah
hanya menawarkan Diploma Senireka Grafik Jabatan Rekabentuk dan
Komunikasi Visual menawarkan program pengajian sepenuh masa di peringkat
sijil dan diploma dalam bidang-bidang berikut :
- Diploma Rekabentuk Grafik
Fasiliti
Studio
Di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, para pelajar di jabatan ini didedahkan kepada suasana
kerja di dalam studio dan juga bengkel. Proses ini melibatkan sesi
syarahan, tutorial dan juga latihan. Dari masa ke semasa JRKV juga
menjemput para pensyarah luar dan ahli professional untuk memberi
ceramah mengenai bidang senireka bagi tujuan meningkatkan mutu kerja dan
etika profesion.
Bengkel
Bengkel industri dilengkapi dengan
peralatan pertukangan kayu dan besi. Terdapat juga bengkel jahitan bagi
kemudahan pelajar- pelajar fesyen belajar dan menyiapkan tugasan yang
diberikan.
Makmal PC/Macintosh
Makmal-makmal komputer kami mempunyai
kelengkapan yang terkini dan menepati kehendak dan keperluan industri
dan juga firma-firma rekabentuk. Antara perisian yang dimuatkan adalah
seperti: Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Premiere, Macromedia
flash, Macromedia Director, Cinema 4D RHINO.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment