Jabatan Matematik, Sains & Komputer!

Ditulis oleh; Politeknik Muadzam Shah on

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) adalah merupakan sebuah jabatan sokongan akademik di Politeknik Muadzam Shah yang menawarkan kursus-kursus kod B dalam bidang Matematik, Sains dan Komputer kepada pelajar-pelajar jabatan induk. JMSK menyelaras semua modul Matematik, Sains Kejuruteraan dan Komputer yang menjadi teras kepada pencapaian akademik pelajar-pelajar di Politeknik Muadzam Shah.

JMSK mula ditubuhkan pada bulan Disember 2010 setelah berpindah ke kampus baru. Sebelum ini hanya terdapat Unit Matematik, Sains dan Komputer di bawah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK).Kini terdapat 13 orang pensyarah, seorang pembantu makmal dan seorang pembantu operasi. Antara kemudahan yang disediakan di JMSK ialah 2 buah Makmal Komputer, sebuah Makmal Sains Kejuruteraan dan sebuah Makmal Matematik.

Visi

Menyediakan pendidikan berkesan dalam kursus Matematik, Sains dan Komputer untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkebolehan berlandaskan pendekatan masa kini.

Misi

Komited untuk menjadikan JMSK cemerlang dalam P&P agar dapat membantu jabatan induk dalam menyediakan program dan latihan berkualiti kepada pelajar.

Kaedah dan Pengajaran

Kaedah pengajaran yang digunakan dalam proses perlaksanaan P&P adalah dengan menggabungkan kedua-dua kaedah pengajaran secara teori (bilik kuliah) dan amali (aktiviti di makmal). Proses P&P juga dijalankan dengan bantuan alat bantu mengajar yang bersesuaian untuk memudahkan penyampaian dan penerimaan ilmu kepada pelajar.

Mengenai Penulis:

Azri Abd. Rajid mula terlibat dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007. Beliau sebenarnya berasal dari Keningau, Sabah dan kini menabur bakti di Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Twitter | Facebook

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment