Unit Peperiksaan

Ditulis oleh; Unknown on

Unit Peperiksaan berperanan menyelaras, menyelia, memantau, membantu dan memudahkan pengurusan berkaitan peperiksaan di setiap Jabatan Akademik. Unit Peperiksaan Politeknik Muadzam shah diketuai oleh Pegawai Peperiksaan (DH1-1) dengan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir (N3-1), seorang Pembantu Tadbir (N4-1) dan seorang Pembantu Am Pejabat (N5-1) . Pegawai Peperiksaan juga dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan Jabatan (PPJ) yang telah dilantik daripada setiap Jabatan Akademik dan Jabatan Sokongan yang masing-masing berperanan menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan penilaian, data, bank soalan dan pensijilan. Penyelaras Peperiksaan Jabatan bagi setiap jabatan akan berada di bawah Ketua Penyelaras Peperiksaan Jabatan merujuk kepada carta organisasi jabatan masing-masing.Tugas Pegawai Peperiksaan adalah bertanggungjawab mengawasi secara keseluruhan perjalanan peperiksaan politeknik sementara Penyelaras Peperiksaan adalah bertanggungjawab menguruskan hal - hal peperiksaan untuk jabatan masing - masing.

Unit Peperiksaan dilengkapi khas dengan peralatan-peralatan seperti komputer, mesin percetakan dan sebuah bilik keselamatan (bilik kebal) khas untuk menyimpan Item Peperiksaan Akhir.

FASILITI

Bagi memenuhi keperluan dan pengurusan peperiksaan, Unit Peperiksaan memiliki fasiliti berikut;
•    Bilik Komputer
•    Bilik Kebal
•    Bilik Cetak
•    Bilik Mesyuarat
•    Bilik Pegawai Peperiksaan
•    Bilik Penyelaras Peperiksaan Jabatan
•    Pantry

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik merangkumi aktiviti penilaian yang melibatkan Penilaian Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA). Bagi aktiviti Penilaian Berterusan ianya dilaksanakan sepanjang semester pengajian bermula dari minggu pertama semester sehingga minggu ke lapan belas.

Penilaian Akhir akan dilaksanakan pada Peperiksaan Akhir Semester yang dijalankan dua kali setahun pada setiap hujung semester iaitu pada setiap minggu ke sembilan belas dan dua puluh tiap-tiap semester. Setiap keputusan peperiksaan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli - Ahli Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik yang dipengerusikan oleh Pengarah Politeknik Muadzam Shah.  Ahli - ahli jawatankuasa yang lain terdiri daripada Pegawai Peperiksaan, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua unit yang dilantik oleh Pengarah. Semua  aktiviti peperiksaan yang dilaksanakan bagi sepanjang semester dan sepanjang tahun adalah merujuk kepada Takwim Aktiviti-aktiviti Pentaksiran yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Keselarasan Peperiksaan Politeknik KPTM.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment