Peranan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukan sahaja melahirkan penuntut cemerlang tetapi juga mewujudkan modal insan berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Di dalam kampus, pelbagai kegiatan berfaedah boleh dilakukan sama ada melakukan aktiviti rekreasi, bersukan dan berdakwah.
Bagaimanapun penekanan pada unsur-unsur kerohanian juga diberi keutamaan supaya para penuntut tidak mengabaikan tuntutan agama selain memberi tumpuan terhadap pengajian masing-masing. Politeknik Muadzam Shah (PMS) yang terletak di Muadzam Shah dekat sini turut mempunyai fungsi tersendiri dalam membentuk sahsiah diri para penuntutnya supaya mengimbangi tuntutan agama dan duniawi.
"Bukan setakat mendirikan solat dengan selesa tetapi kami juga mengadakan pelbagai aktiviti demi manfaat seluruh warga kampus khususnya para penuntut," - Ustaz Badrul Hakimi
Pusat pengajian itu merupakan wadah utama dalam melahirkan modal insan berintelektual dan berkemahiran dalam bidang teknologi. Pembinaan bangunan Pusat Islam dan masjid di dalam kampus institut itu menjadi wadah dalam menjalankan kegiatan berbentuk aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Pusat Islam PMS menjadi tumpuan menjalankan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan
Projek pembinaan yang dimulakan pada 2005 dan siap sepenuhnya empat tahun kemudian membolehkan warga PMS termasuk para penuntutnya menjalankan aktiviti keagamaan dengan selesa. Menurut Imam 1 Pusat Islam tersebut, Badrul Hakimi Mohd. Bastaman, masjid yang memainkan pelbagai fungsi untuk masyarakat di sini itu mampu memuatkan sekitar 1,500 hingga 2,000 jemaah pada satu-satu masa sekali gus menjadi tumpuan segala kegiatan keagamaan para penuntut di situ.
Katanya, bangunan baharu itu banyak memberi keselesaan kepada seluruh warga kampus untuk menunaikan solat di samping mengikuti pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.
"Bukan setakat mendirikan solat dengan selesa tetapi kami juga mengadakan pelbagai aktiviti demi manfaat seluruh warga kampus khususnya para penuntut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Badrul berkata, antara aktiviti dijalankan adalah mengadakan kelas tajwid, tarannum al-Quran, kuliah mingguan, program celik al-Quran dan solat pintar. Menurutnya, aktiviti dianjurkan itu dilaksanakan dengan kerjasama seluruh kakitangan akademik Jabatan Pengajian Am bagi pendidikan agama Islam.
"Sambutan diterima cukup menggalakkan kerana mereka sentiasa menghadiri program dianjurkan oleh pihak kami," katanya.
Jelasnya, pada tahun ini, segala perancangan bagi menyemarakkan aktiviti keagamaan menerusi Pusat Islam berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Mengenai kemudahan yang terdapat di situ, Badrul berkata, bangunan tersebut mengandungi dua tingkat dengan bahagian bawahnya untuk jemaah lelaki dan atas pula untuk wanita.
Katanya, pusat tersebut juga dilengkapi dengan bilik imam, bilik penceramah, perpustakaan mini, bilik komputer dan bilik perbincangan.
"Pusat Islam PMS mampu menjadi platform berkesan dalam merencanakan apa sahaja aktiviti bercorak agama dan sosial untuk para penuntut dan seluruh warga kampus lain," ujarnya.
Akhbar bertarikh: 11 Disember 2012/ Utusan Malaysia
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment