Untuk makluman pelajar dan bakal pelajar Politeknik Muadzam Shah,
mulai 1 Januari 2012, pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hendaklah mempunyai
akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dengan simpanan minima
RM20.00.
Pembukaan akaun SSPN melaui Maybank digalakkan untuk memudahkan dan
mempercepatkan pembukaan akaun. Semakan baki akaun SSPN pada keesokan
hari boleh dilakukan di laman web PTPTN bagi pembukaan akaun di Maybank
sahaja.
Justeru itu, pelajar dan bakal pelajar yang berminat untuk memohon
pembiayaan PTPTN diingatkan supaya membuka akaun SSPN bagi memudahkan
urusan pinjaman dibuat.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment