Artikel Pilihan: Budak Poli Pecah Dominasi - Harian Metro!

Ditulis oleh; Unknown on

Entiti pengajian tinggi yang kian meraih perhatian masyarakat ialah politeknik sebagai institusi yang melahirkan ramai tenaga pakar sains dan teknologi.

Justeru itu, kebolehan siswazahnya menguasai pasaran kerjaya sememangnya diperakui pihak majikan dalam melahirkan modal insan yang bertaraf tinggi sarat dengan potensi yang diperlukan sektor industri.

Bahkan mengikut statistik Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), sehingga 2013 sudah ada 32 politeknik di seluruh negara. Antara politeknik yang makin terserlah terutama dalam bidang automotif ialah Politeknik Muadzam Shah (PMS), Pahang, yang ditubuhkan sembilan tahun lalu.

Meskipun dilihat masih mentah dalam pengajian teknikal, ‘catatan tarikh lahirnya’ yang muda itu tidak sedikitpun bermakna pensyarah dan pelajarnya kekurangan berbanding institusi pengajian tinggi (IPT) lebih ternama.

Terbukti dalam bidang kejuruteraan mekanikal, PMS bukan lagi ‘hijau’ kerana namanya kian gah menaiki podium beberapa kejohanan antara varsiti negara.

Antara pencapaian digondol ialah tersenarai dalam ‘top five’ Kejohanan Formula Varsiti anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tahun lalu.

Kejayaan manis dikecapi sepanjang 2012 tidak langsung melekakan PMS terus bermegah diri dengan keupayaan memecah dominasi beberapa IPT elit lain apabila sekumpulan pelajar bersama pensyarah Kejuruteraan Mekanikal politeknik itu giat membina model kereta lumba berkonsep Formula Varsiti bagi persiapan menghadapi Kejohanan Formula Unimap, tiga bulan lagi.

Pengurus Projek Inovasi Formula PMS, Mohd Shazwan Dahlan, 26, berkata seramai 10 pelajar semester lima Kejuruteraan Mekanikal dipilih membarisi pasukan Formula PMS, Auto Mech Racing Team PMS.

Setiap peserta sudah melalui proses saringan, malah kebolehan serta penguasaan mereka dalam bidang automotif dikenal pasti bagi menepati keberkesanan fungsi sepanjang proses menyiapkan jentera terbabit.

“Mereka yang terpilih sangat positif dengan mempamerkan komitmen tinggi menyiapkan model kereta bagi menghadapi kejohanan di Perlis nanti. Nyata mereka dapat mengaplikasi segala ilmu di dalam bilik kuliah. Mereka berjaya mewujudkan persefahaman padu dalam menjayakan projek ini,” kata Mohd Shazwan.

Penyelia Bahagian Teknikal dan Taktikal Pemanduan, Mohd Faizal Ngaimon, 35, pula menjelaskan, barisan PMS kali ini amat ketara kerana mereka sudah mengenal pasti beberapa kelemahan khususnya dalam bahagian teknikal enjin dan komponen luar kereta yang harus diperbaiki.

“Kami cuba memahirkan skil pelajar agar mereka mampu mengubahsuai dan membuat inovasi kelas tinggi pada beberapa aspek teknikal kenderaan. Kegagalan pelajar memahami serta tiada kemahiran dalam aspek penyediaan kereta baik dalaman mahupun luaran, kereta Formula dihasilkan gagal memecut laju di atas litar.

“Ketika ini usaha membantu pelajar menghadapi kejohanan itu, pihak kami menjalankan kajian terperinci. Antaranya pandu uji agar aspek seperti taktikal pemanduan boleh memberi kelebihan kepada pasukan kami.

“Untuk kejohanan sukan lumba kereta, bukan saja kereta menjadi faktor penentu, pelumba atau pemandu kereta itu perlulah mempunyai daya tahan dan kecekapan, selain disiplin diri yang tinggi. Namun saya amat yakin, pemandu pasukan PMS mampu memberi yang terbaik sewaktu kejohanan dilangsungkan nanti,” katanya.

Seorang ahli pasukan PMS, Mohamad Hafizi Ismail, 20, berkata dia teruja menyertai pasukan politeknik berkenaan biarpun itu penyertaan kali kedua sebaik dipilih mengang­gotai pasukan Auto Mech Racing.

“Ketika Kejohanan Formula Varsiti UTeM, tahun lalu, saya diberi tanggungjawab sebagai ‘fabricator’. Saya menyediakan satu set peralatan yang diubah suai mengikut saranan ahli pasukan.

“Lebih menggembirakan pasukan kami berjaya hingga mendapat tempat kelima daripada 36 jentera yang bertanding. Ini menandakan kami mewakili PMS, sudah mampu menyelit nama dalam kalangan IPT elit kejohanan berprestij itu,” katanya.

Rakannya, Mohamad Taufiq Md Osman Ani, 20, menjelaskan bidang inovasi dalam automotif sangat diminatinya kerana sejak kecil lagi dia bercita-cita menjadi jurutera automotif.

“Sejak menjejakkan kaki di PMS, tiada sedetik pun saya berasa sesal memilih bidang kejuruteraan automotif. Usaha ditaburkan baik dari segi wang ringgit, masa mahupun tenaga selama lebih dua tahun pengajian amat berbaloi.

“Di sini kami didedahkan ilmu dan kemahiran dalam bidang inovasi industri khususnya dalam automotif. Kami diberi ruang dan peluang seluas-luasnya untuk menjana idea serta menzahirkannya dalam praktikal ketika di bengkel.

“Nyata pensyarah Kejuruteraan Mekanikal PMS begitu komited menjadikan kami sebagai pelajar bercirikan jurutera unggul dalam bidang inovasi,” kata pelajar berasal dari Muar, Johor, itu.

PROFIL:

Nama: Mohd Shazwan Dahlan
Usia: 26 tahun
Jawatan: Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Automotif )
Peranan: Pengurus projek

Nama: Mohamad Hafizi Ismail
Usia: 20 tahun
Asal: Langkawi, Kedah
Pengajian: Semester 5 Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Pengkhususan: Rekabentuk Automotif
Cita-cita: Jurutera Mekanikal Perodua

Nama: Mohamad Taufiq Md Osman Ani
Usia: 20 tahun
Asal: Muar, Johor

Cita-cita: Jurutera Automotif

Nama: Mohd Faizal Ngaimon
Usia: 35 tahun
Jawatan: Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Peranan: Penyelia Teknikal dan Taktikal Pemanduan

INFO:

Projek: Rekabentuk dan Inovasi Automotif
Jumlah terbabit: 10 pelajar Semester Lima
Anjuran: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PMS
Penyelia: 10 tenaga akademik
Kejayaan: Tempat kelima Kejohanan Formula Varsiti UTeM, Melaka, 2012
Penaung Projek: Pengarah PMS, Norlida Abd Razak

- See more at: http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/2013062220414920130622204149/2013/Article/index_html#sthash.vLQfZ2rL.dpuf

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment