Perpustakaan ini diasaskan bermula pada
bulan Julai 2004. Ia terletak di tingkat satu bangunan kuliah pelajar.
Bermula dengan sebuah bilik modul yang menempatkan hampir 2000 buah
modul pelajar politeknik, dan dengan penambahbaikan yang telah
dilaksanakan, pelajar dapat menikmati kemudahan yang lebih selesa
walaupun dengan status politeknik yang masih menumpang di Sekolah
Menengah Teknik Muadzam Shah.
Pada Disember 2010, perpustakaan
Politeknik Muadzam Shah telah memulakan operasinya di kampus tetap PMS
dengan infrastruktur dan kemudahan yang lebih baik. Memiliki bangunan 2
tingkat yang tersergam dan kondusif sebagai mercu tanda keagungan ilmu,
perpustakaan PMS telah menyediakan pelbagai kemudahan yang diatur secara
berperingkat untuk semua pengguna.
Fungsi
Perpustakaan Politeknik Muadzam Shah diwujudkan untuk membantu proses pembelajaran dan pengajaran pelajar Politeknik ini.
Ia juga diwujudkan bertujuan untuk memainkan peranan sebagai pusat maklumat kepada pengguna khususnya staf dan pelajar Politeknik Muadzam Shah.
Pada ketika ini, Perpustakaan Siber
Politeknik Muadzam Shah menyediakan pelbagai kemudahan selain tempat
yang selesa dan kondusif. Sesuai dengan penambahbaikan yanng
dilaksanakan, perpustakaan PMS kini mempunyai beberapa kemudahan canggih
bagi memudahkan proses pelaksanaan di bahagian Sirkulasi khasnya.
Antara kemudahan yang disediakan adalah:-
- Self Check (Sistem Pinjaman Melalui KIOSK)
- Book Drop (Sistem Pemulangan Bahan Melalui "ATM" Book Drop Machine)
- Ruang Siber
- Web OPAC (Sistem Pencarian Bahan Koleksi Melalui Online)
Keahlian
Keahlian Perpustakaan adalah dibuka
kepada semua pelajar, pensyarah dan staf Politeknik Muadzam Shah. Untuk
makluman semua, Kelayakan meminjam bahan bagi pelajar adalah sebanyak 2
naskah buku selama 2 minggu manakala pensyarah/staf pula boleh meminjam
sebanyak 4 naskah buku 3 minggu. Denda lewat memulangkan buku adalah dua
puluh sen sehari.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment