Setelah 15 hari berlangsung, akhirnya SUKIPT 2012 telah melabuhkan tirainya dengan gilang-gemilang pada hari Ahad, 11 November 2012 bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam, semalam. Majlis penutup yang penuh bersejarah itu telah dihadiri oleh lebih 10,000 orang atlet, pegawai dan sukarelawan yang disiarkan secara langsung secara berperingkat di RTM 1 dari jam 2.00 hingga 5.00 petang.
Melalui kejohanan ini, Ian Leong Bell berusia 20 tahun daripada USM telah dinobatkan sebagai Olahragawan SUKIPT 2012 setelah memenangi 7 pingat emas iaitu 4 pingat individu dan 3 pingat berpasukan daripada acara renang. Manakala, Chui Lai Kwan berusia 22 tahun daripada UPM itu telah dipilih sebagai Olahragawati untuk kejohanan kali pertama ini. Ratu renang UPM itu dipilih berdasarkan pencapaian 13 pingat emas yang diperolehi iaitu 12 pingat individu dan 1 pingat berpasukan. Olahragawan dan Olahragawati SUKIPT 2012 ini, masing-masing membawa pulang Piala Pusingan, Piala Iringan dan tiket penerbangan tajaan daripada Air Asia.
Juara keseluruhan SUKIPT 2012 pula menjadi milik kontigen daripada UPM dengan pungutan pingat sebanyak 52 emas, 26 perak dan 21 gangsa. Diikuti UiTM di tempat kedua dengan pungutan pingat sebanyak 39 emas, 23 perak dan 44 gangsa. Manakala, UniMAP di tempat ketiga dengan 17 pingat emas, 1 perak dan 5 gangsa.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi diiringi oleh YBhg. Datuk Haji Omar Abd. Rahman, TKSU (P).
Sehubungan itu, semua warga Bahagian Sukan dan sekretariat SUKIPT 2012, ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan SUKIPT 2012 terutama sekali kepada YB Menteri, YBTM I, YBTM II, KSU, TKSU (P), Ketua-ketua Jabatan, IPT dan sukarelawan.
Urusetia/ sekretariat SUKIPT juga ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan, kekurangan atau kelemahan di sepanjang kami menganjurkan kejohanan ini. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Jumpa lagi di SUKIPT 2014!

Sumber: Laman Web Rasmi SUKIPT 2012
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment