Jabatan Perdagangan!

Ditulis oleh; Unknown on

Jabatan Perdagangan merupakan salah satu jabatan akademik di Politeknik Muadzam Shah yang menawarkan program di peringkat diploma dan sijil. Jabatan ini telah diwujudkan serentak dengan penubuhan Politeknik Muadzam Shah pada tahun 2003.

Pasca perpindahan ke bangunan politeknik yang baru yang terletak di Lebuhraya Tun Abdul Razak, Jabatan Perdagangan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan terkini seperti Makmal Teknologi Perakaunan, Pejabat Simulasi, Bilik Seminar dan Pembentangan dan Pusat Pembangunan Keusahawanan.

Program

Jabatan Perdagangan, Politeknik Muadzam Shah menawarkan dua program pengajian iaitu Diploma in Accountancy (DAT) mulai Julai 2011 dan Diploma in Business Studies (DPM) mulai sesi pengajian Julai 2010.

Syarat :
  •     Warganegara Malaysia
  •     Lulus SPM serta memenuhi syarat minimum berikut:
  •     Lulus Bahasa Melayu.
  •     Lulus Bahasa Inggeris.
  •     Mendapat LIMA (5) Kepujian berikut:
  •     Matematik atau Matematik Tambahan.
  •     SATU (1) mata pelajaran kumpulan Sains / Teknologi / Vokasional / Sastera Ikhtisas
  •     TIGA (3) mata pelajaran lain.

Diploma in Accountancy (DAT)

Matlamat program ini ialah untuk menyediakan bakal graduan dengan pengetahuan, kemahiran dan attitud dalam perakaunan dan pengurusan bagi menghadapi cabaran global dalam persekitaran perniagaan. Setiap kursus yang ditawarkan dalam program ini melibatkan pendidikan, penilaian, pengalaman, pembangunan interpersonal dan kelayakan etika. Program ini juga dibentuk dan ditandaaraskan dengan badan-badan perakaunan professional di Malaysia dan luar negara.

Graduat DAT berpeluang untuk menerokai pasaran pekerjaan dalam pelbagai sektor seperti Pembantu Akauntan dan Pembantu Kawalan Kewangan di sektor awam dan swasta, Pembantu Audit, Pembantu Konsultan Percukaian, Penasihat Kewangan, Ejen Pelaburan, Pegawai Bank, Guru Perakaunan, Ejen Sekuriti dan Usahawan.


Diploma in Business Studies (DPM)

Program ini bertujuan untuk menyediakan para pelajar dengan pengetahuan yang terkini dalam disiplin bisnes bagi menangani cabaran-cabaran semasa dan akan datang. Bidang pengajian bisnes yang pelbagai seperti pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kenwangan, pemasaran, insurans, perbankan dan keusahawanan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang untuk memasuki alam pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

Prospek pekerjaan dalam bidang ini merangkumi bidang kerja seperti pegawai pentadbiran perniagaan, pegawai-pegawai pentadbiran di sektor kerajaan, eksekutif jualan dan pemsaran, pegawai sumber manusia, pegawai bank, pegawai pelaburan, usahawan, pegawai perkhidmatan pelanggan, perancang perniagaan, penyelidik perniagaan dan pegawai pemasaran.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment