Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi

Ditulis oleh; Unknown on

Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi mempunyai dua (2) orang Pegawai Teknologi Maklumat, seorang (1) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan seorang (1)  Juruteknik Komputer.

Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi bertanggungjawab menguruskan semua urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan ICT.

Objektif

Memberi perkhidmatan ICT untuk aktiviti pengurusan, pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Fungsi

  1. Merancang, membangun dan mengawalselia inisiatif-inisiatif ICT seperti penyediaan prasarana pengkomputeran, pembangunan sistem aplikasi, pengurusan perolehan perkakasan serta perisian, pengurusan latihan dalam bidang ICT dan pelupusan perkakasan ICT.
  2. Mengendalikan latihan pengguna ke atas sistem aplikasi yang selesai dibangunkan serta memberi perkhidmatan sokongan kepada pengguna.
  3. Membangunkan serta menyelenggara sistem ICT bagi menyokong fungsi-fungsi operasi dan pengurusan.
  4. Bertanggungjawab membantu menyelenggara sistem-sistem yang ada di PMS.
  5. Membangunkan dan menyelenggara prasarana rangkaian komunikasi.
  6. Menyediakan perkakasan dan perisian komputer untuk PMS serta mempastikan keselamatan dan integriti data.
  7. Memberikan khidmat sokongan bagi mempastikan operasi-operasi sistem ICT berjalan lancar.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment