Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi!

Ditulis oleh; Unknown on

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) adalah salah satu jabatan yang telah ditubuhkan di Politeknik Muadzam Shah pada 1 Ogos 2003. Penubuhannya adalah selari dengan permulaan operasi  PMS di mana pengambilan kumpulan pelajar pertama yang terdiri dari pelajar kursus Sijil Teknologi Maklumat (SIT) memulakan sesi pengajian pada Januari 2004.

Pada awal penubuhan, Jabatan ini dianggotai 4 orang tenaga pengajar termasuk Ketua Jabatan. Kini, JTMK mempunyai  10 orang Pensyarah,  seorang Pembantu Tadbir , Seorang Juruteknik Komputer dan seorang Pembantu Makmal. Bermula pada sesi Julai 2009 ,  JTMK mengambil pelajar bagi  program Diploma Teknologi Maklumat ( Pengatrurcaraan). Pengambilan pelajar dibuat 2 kali setahun iaitu pada sesi Jun dan Sesi Disember setiap tahun. Makluman program SIT tidak lagi di tawarkan bermula pada sesi Julai 2009.
 
Program

Bagi menampung permintaan yang tinggi di dalam bidang ICT , JTMK menawarkan program diploma berikut:

•    Diploma Information Technology (Networking) DNS
•    Diploma Information Technology (Programming) DIP

Fasiliti
 
Dari segi kemudahan fizikal , JTMK dilengkapi dengan kemudahan dan fasiliti pengajaran dan pembelajaran untuk dimanfaatkan oleh pelajar sepanjang mereka di PMS. Antara kemudahan dan fasiliti yang disediakan di JTMK adalah :

•    1 Dewan kuliah Mini (Kapasiti 200 pelajar)
•    11 Bilik Kelas
•    2 Makmal Pembangunan Aplikasi
•    3 Makmal Rangkaian dan Komunikasi
•    1 Makmal Sistem Komputer dan Digital
•    1 Makmal Hypermedia
•    2 Makmal Teknologi Maklumat
•    1 Makmal Structure Cabling
•    1 Bilik Projek

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment