Tahniah! Pelajar Politeknik Muadzam Shah Hadir Dengan Aplikasi E-Tajwid Untuk Android!

Ditulis oleh; Unknown on


Alhamdulillah dan tahniah buat para pelajar Politeknik Muadzam Shah apabila berjaya mencipta aplikasi E-Tajwid untuk pengguna Android. Melalui penciptaan aplikasi E-Tajwid ini sekaligus membuktikan kemampuan Politeknik Muadzam Shah untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing dan mampu mencipta aplikasi yang setanding dengan pembangun aplikasi tempatan dan luar negara.


Hari ini, boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satu yang terkini daripada pelajar tahun akhir Polteknik Muadzam Shah adalah aplikasi E-Tajwid untuk para pengguna Android.


Melalui aplikasi E-Tajwid untuk Android ini, ia menawarkan beberapa maklumat berkenaan penggunaan Tajwid, dimana selain penerangan dalam bentuk teks, ia turut menawarkan dalam bentuk audio. Namun, ketika ujian kami, kami menghadapi sedikit masalah semasa ingin mengakses versi audionya.

Pembangunnya juga mengatakan aplikasi ini telah disemak oleh Jabatan Pengajian Am di polteknik berkenaan, selain memenangi Hari Inovasi Polteknik Muadzam Shah. Pada masa yang sama, pembangunnya juga turut sama membuka peluang kepada pembangun aplikasi di platform lain, dalam bekerjasama dan membawakan aplikasi tersebut ke pelbagai platform berbeza.

Buat masa ini, aplikasi ini masih belum diterbitkan di Google Play Store, dan memerlukan pengguna untuk memuat-turun aplikasi ini dalam bentuk APK, dan memasangnya pada peranti Android anda.

Muat Turun: Fail APK Untuk E-Tajwid

*Review di atas adalah dari berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh Amanz.My

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment