Biasiswa & Pinjaman

Ditulis oleh; Unknown on

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

PTPTN menawarkan pinjaman kepada pelajar yang mengikuti program Diploma dan Diploma (Integrasi) sepenuh masa dan separuh masa, yang ditawarkan mengikuti pengajian di mana-mana Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Syarat kelayakan bagi memohon pembiayaan pendidikan seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran; atau
  4. Lulus SPM dan memperolehi CGPA 3.0 ke atas untuk pelajar lepasan sijil kolej komuniti yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat diploma politeknik sahaja atau pelajar lepasan diploma politeknik yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat ijazah pertama di IPTA atau IPTS;
  5. Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, kursus yang diikuti mestilah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/IPTS)/Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi;
  6. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun; dan
  7. Tiada penaja lain.
  8. Pelajar perlu mempunyai akaun simpanan SSPN sebelum membuat permohonan
  9. Menyelesaikan keseluruhan hutang pembiayaan pendidikan terdahulu sekiranya pernah mendapat pembiayaan pendidikan PTPTN tetapi gagal/berhenti/mendapat penaja lain/ membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN.
Cara memohon pembiayaan pendidikan adalah seperti berikut :
  • Pemohon hendaklah memohon pembiayaan pendidikan secara dalam talian (online) melalui Laman Web Permohonan Pembiayaan Online di alamat http://www.ptptn.gov.my
  • Pemohon hanya dibenarkan memohon berpandukan tarikh yang telah ditetapkan mengikut IPT masing-masing. Panduan tarikh untuk membuat permohonan mengikut IPT berkaitan boleh dirujuk di dalam Laman Web PTPTN http://www.ptptn.gov.my
  • Pemohon perlu membeli No PIN bernilai RM 5.00 di semua cawangan Bank Simpanan Nasional melalui 3 saluran dibawah:-
1.      Kaunter
2.      Mesin Teller Automatik ( ATM )
3.      Mesin Deposit Tunai ( CDM )

(No. PIN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian No. PIN di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga tarikh pendaftaran permohonan online.)

Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah ditentukan oleh pihak PTPTN. Sehubungan itu, bagi memastikan permohonan pelajar yang berminat dapat diproses oleh pihak PTPTN dengan lancar, maka kerjasama pelajar adalah diperlukan untuk menyediakan dokumen seperti berikut:
  • Maklumat Permohonan Pembiayaan yang boleh dicetak di butang CETAK MAKLUMAT di dalam laman Web Permohonan Online yang telah didaftarkan sebelum ini. - dokumen ini tidak perlu disahkan.
  • Salinan Kad Pengenalan Penerima Biaya. Salinan fotokopi muka hadapan dan belakang kad pengenalan tersebut perlu dilakukan pada muka surat yang sama.
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV). Slip transkrip keputusan peperiksaan SPM / SPMV hanya sah untuk digunakan sekiranya tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil.
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT. Surat tawaran yang diperolehi melalui cetakan internet / portal IPT perlu disahkan oleh Pegawai Kumpulan A daripada IPT pelajar berkenaan sahaja.
  • Salinan Buku akaun (muka surat yang tercatat nombor akaun) / Slip Deposit Bank / Pengesahan nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT. Dokumen ini hanya perlu disediakan sekiranya berlaku kesilapan no akaun pada Dokumen Perjanjian Penerima Biaya.
  • Salinan Transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain( bagi pelajar lepasan sijil politeknik dan kolej komuniti)
  • Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Kad Pesara / Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja - PENJAGA PERTAMA (1).
  • Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Kad Pesara / Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja -PENJAGA KEDUA (2).
Bagi pelajar yang mengemukakan permohonan pada semester 2 dan ke atas, tambahan dokumen sokongan berikut diperlukan:
  • Surat Pengesahan masih belajar dari IPT; dan
  • Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya. (Setiap dokumen sokongan hendaklah difotostat dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan disahkan  pegawai yang layak).
Semua salinan dokumen di atas hendaklah disahkan sama ada oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan pengurusan dan Profesional.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment