Jabatan Pengajian Am (JPA) merupakan sebuah organisasi yang memainkan
peranan sebagai jabatan sokongan bagi pelaksanaan program-program serta
pengajaran dan pembelajaran kepada jabatan- jabatan induk yang terdapat
di Politeknik Muadzam Shah (PMS). Terdiri daripada Unit Pendidikan dan
moral serta Unit Bahasa Inggeris, jabatan ini berperanan sebagai
peyelaras kepada kurikulum Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan moral .
Selain itu, JPA sekaligus adalah unit yang bertanggungjawab dalam
megendalikan kursus-kursus kokurikulum yang ditawarkan kepada pelajar
semester 1 dan 2.
Seiring dengan matlamat yang ingin dicapai oleh PMS, JPA meletakkan objektif untuk membentuk moral, sahsiah dan memperkukuhkan nilai-nilai rohaniah para pelajar menerusi beberapa kursus yang dirancang dibawah Unit Pendidikan Islam dan moral. Manakala Unit Bahasa Inggeris pula menyusun dan melaksanakan kursus-kursus yang dapat mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, kemahiran komunikasi, membentuk keyakinan diri serta nilai kompetensi yang diperlukan pelajar dalam menempuhi alam pekerjaan kelak. Dua unit ini juga bergabung dan berkerjasama dalam merancang program-program nilai tambah selaras dengan objektif yang digariskan.
JPA memiliki kakitangan seramai 17 orang iaitu terdiri daripada 7 orang pensyarah pendidikan Islam, 7 orang pensyarah Bahasa Inggeris serta 2 orang kakitangan pelaksana. Berbekalkan tenaga kerja yang efisien dan berpengalaman, JPA yakin dapat membantu melaksanakan tugas sebagai pelengkap kepada Jabatan-jabatan Induk Politeknik Muadzam Shah.

1) Program/kursus yang ditawarkan
Dibawah Kursus-kursus yang ditawarkan oleh Unit Bahasa Inggeris
dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu Communicative English, English for
Communication, dan English for Commercial Purposes . Manakala
kursus-kursus yang ditawarkan oleh Unit Pendidikan Islam & Moral
pula terbahagi kepada empat bahagian iaitu Pendidikan Islam, Pendidikan
Moral, Tamadun Islam dan Bahasa Arab. JPA juga mengendalikan subjek
Kokurikulum bagi pelajar-pelajar semester 1 dan 2.
Kursus-Kursus Yang Ditawarkan Unit Bahasa Inggeris
No. |
Kod Kursus |
Kursus |
1. |
AE 101 |
Communicative English 1 |
2. |
AE 301 |
Communicative English 2 |
3. |
AE 501 |
Communicative English 3 |
4. |
A 5004 |
English for Commercial Purposes3 |
5. |
A 5015 |
English for Communication |
No. |
Kod Kursus |
Kursus |
1. |
AA 101 |
Pendidikan Islam 1 |
2. |
AB 102 |
Pendidikan Moral 1 |
3. |
AA 201 |
Pendidikan Islam 2 |
4. |
AA 202 |
Pendidikan Moral 2 |
5. |
AA 103 |
Bahasa Arab 1 |
6. |
AA 203 |
Bahasa Arab 2 |
7. |
AA 303 |
Bahasa Arab 3 |
8. |
AA 301 |
Tamadun Islam |
No. |
Kod Kursus |
Kursus |
1. |
AR 101 |
Polibriged |
2. |
AR 201 |
Permainan/ Kelab/ Uniform |
Fasiliti
JPA bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyelenggara tiga buah makmal bahasa iaitu Makmal Bahasa 1, Makmal Bahasa 2 dan Makmal Bahasa 3.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment