PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Jadual dan Tempat Peperiksaan Akhir Sesi Jun PMS 2014!

Ditulis oleh; Unknown on

Sebagai panduan kepada semua pelajar, sila muat turun Jadual Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2014 dengan klik pada pautan yang disediakan dibawah.

Sila baca selanjutnyaJadual dan Tempat Peperiksaan Akhir Sesi Jun PMS 2014!

"PMS Prays 4 Palestine" bersama NGO Aqsa Syarif!

Ditulis oleh; Unknown on

 
PMS telah mengadakan Program "PMS Prays 4 Palestine" bersama NGO Aqsa Syarif sebagai tanda solidariti warga PMS ke atas kesengsaraan rakyat Palestin yang dizalimi oleh regim Zionis Israel pada 18 Julai 2014 di Dewan Kuliah Utama,PMS yang lalu. 
Sila baca selanjutnya"PMS Prays 4 Palestine" bersama NGO Aqsa Syarif!

Promosi MEKAR 2013 di Pahang.FM!

Ditulis oleh; Unknown on


Pengarah PMS, Timbalan Pengarah PMS, Pegawai Hal Hal Pelajar (Kebajikan dan Disiplin) serta PRO telah membuat promosi dan hebahan di Radio Malaysia Pahang berhubung dengan Program Memodenisasikan Komuniti Orang Asli di Perkampungan Masyarakat Orang Asli Rompin yang bakal berlangsung pada 19 hingga 22 September 2013. Diharapkan dengan adanya promosi ini, maka dapatlah penduduk Muadzam Shah dan sekitarnya bersama-sama warga PMS memeriahkan program yang julung-julung kalinya diadakan ini disamping kita dapat membantu masyarakat orang asli untuk memperbaiki kehidupan mereka.


Sumber: polimuadzam.com
Sila baca selanjutnyaPromosi MEKAR 2013 di Pahang.FM!

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana PMS!

Ditulis oleh; Unknown on


Tanggal 31 Julai 2013, Politeknik Muadzam Shah dengan kerjasama Jawatankuasa Pusat Islam dan Rakan Pusat Islam (RaPI) akan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana. Antara lain, objektif program ini diadakan adalah:-

i.    Menanam penghayatan cintakan al-Quran di kalangan pelajar PMS.
i.    Mengeratkan tali hubungan antara pensyarah, kakitangan serta para pelajar PMS.
ii.   Membelanjakan peruntukan sumbangan orang ramai bagi iftar ramadhan bagi Pusat Islam PMS.

Tentatif Program

6.00pm   - Para pelajar berkumpul
6.15pm   - Ketibaan pensyarah dan jemputan (pengarah/ KJ/Ketua Unit)
6.30pm   - Majlis Khatam al-Quran Bermula
6.50pm   - Majlis penyampaian sumbangan dan cenderamata
               - Sumbangan anak yatim
               - Sumbangan saguhati Imam dan Bilal
7.20 pm  - Berbuka Puasa (Makan ringan), Solat Maghrib dan makan malam
8.30 pm  - Solat Isya dan Tarawih berjemaah.
Sila baca selanjutnyaMajlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana PMS!

Perkhidmatan Kaunter Pembayaran Zakat Fitrah Di Pusat Islam PMS!

Ditulis oleh; Unknown on


Assalamualaikum..

Sukacita dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Kaunter pembayaran zakat fitrah akan dibuka sebagaimana berikut:

Tarikh: 31 Julai 2013 (Rabu)
Masa: 3.00 hingga 5.00 petang
Tempat: Pusat Islam Politeknik Muadzam Shah
Amil: Bilal Bakri
       
Semoga kemudahan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan oleh semua muslimin dan muslimat.

ZAKAT SATU KEWAJIPAN.

Sumber: En. Mohd. Zainal bin Mat Il
Sila baca selanjutnyaPerkhidmatan Kaunter Pembayaran Zakat Fitrah Di Pusat Islam PMS!

Pekeliling dan Cara Penggiraan Gaji Mengikut Kenaikan Gaji Tahunan 2013!

Ditulis oleh; Unknown on


TUJUAN
Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan1 mengenai pemberian pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

LATAR BELAKANG

Kerajaan memutuskan supaya kajian penambahbaikan skim perkhidmatan, penambahbaikan landasan kemajuan kerjaya serta pembetulan kepada masalah struktur gaji dalam SSM diselesaikan sebelum 31 Disember 2013.

Berikutan daripada kajian penambahbaikan tersebut, gaji pegawai di bawah SSM akan dipindahkan ke struktur gaji baru dengan diberikan faedah pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT.

Memandangkan kajian tersebut dijangka selesai pada akhir tahun 2013, maka Kerajaan bersetuju supaya faedah pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT diberi lebih awal pada 1 Julai 2013.





   

 


Sila baca selanjutnyaPekeliling dan Cara Penggiraan Gaji Mengikut Kenaikan Gaji Tahunan 2013!

Majlis Iftar Perdana, Solat Tarawih & Tazkirah Bersama Imam Muda Nuri!

Ditulis oleh; Unknown on


Assalammu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia buat semua warga pendukung PMS. Selamat berpuasa diucapkan dengan harapan semoga puasa pada kali ini mampu memberi sejuta keinsafan dan kesedaran kepada kita semua.

Alhamdulillah sudah masuk hari yang ke 8 Ramadhan. Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Politeknik Muadzam Shah dengan kerjasama Jabatan Pengajian Am dan Jawatankuasa Pusat Islam akan mengadakan satu Majlis Iftar Perdana, Solat Tarawih dan Tazkirah bersama dengan Imam Muda Nuri. Majlis tersebut akan diadakan pada 18hb Julai 2013 (Khamis) ini.

Untuk itu, semua warga PMS dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Sila baca selanjutnyaMajlis Iftar Perdana, Solat Tarawih & Tazkirah Bersama Imam Muda Nuri!

Terkini - Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Dibuka!

Ditulis oleh; Unknown on


Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Pendidikan YP bagi melanjutkan pengajian di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP bagi Sesi Jun 2013, bermula 01 Jun 2013 (Sabtu).

Makluman lanjut mengenai Iklan, Arahan Mengisi Borang dan  Syarat-Syarat Kelayakan Memohon sila rujuk di ruangan Pengumuman Laman Web ini.

Permohonan boleh dibuat secara online di http://sispen.yp.org.my atau boleh dicapai di ruangan 'Khidmat Atas Talian' di Laman Web ini.

PERINGATAN PENTING KEPADA PEMOHON :

Sila pastikan semua maklumat dalam ruangan-ruangan yang disediakan dalam permohonan secara online diisi dengan lengkap sebelum button 'hantar' ditekan. Borang Permohonan Online yang sudah selesai diisi dan dihantar melalui laman web ini, perlulah DICETAK (PRINT) secara hardcopy dan poskan ATAU dihantar sendiri ke YAYASAN PAHANG bersama-sama dokumen-dokumen yang telah disahkan benar sebelum atau pada 21 JUN 2013 (JUMAAT).

Sila pastikan nombor telefon bimbit diisi dengan betul kerana pemakluman temuduga bagi yang layak akan dibuat melalui sms dan juga laman web YP.

Maklumat juga terdapat di sini: Yayasan Pahang
Sila baca selanjutnyaTerkini - Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Dibuka!

Terkini - Senarai Kursus Dalaman dan Kursus TSP PMS!

Ditulis oleh; Unknown on


Senarai Kursus Dalaman PMS Akan Dilaksanakan Pada Bulan Mei Dan Jun 2013

BIL KURSUS TARIKH ANJURAN
1 Kursus Transformasi Minda (Staf Pelaksana) 29 – 30 Mei 2013 ULPL
2 Kursus Team-Building (Kumpulan Pengurusan PMS) 4 - 5 Jun 2013 JPA & ULPL
3 Bengkel CIDOS 11 – 12 Jun 2013 UICT & ULPL
4 Kursus Kajian Tindakan 2013 12 – 13 Jun 2013 UPI & ULPL
5 Kursus Pengurusan Perolehan Secara Tender 11 Jun 2013 Unit Kewangan & ULPL

Senarai Kursus TSP PMS Akan Dilaksanakan Pada Bulan Jun 2013

BIL KURSUS TARIKH ANJURAN
1 Kursus Tatacara Perolehan Bagi Pembekal/Kontraktor Fasa 1 15 Jun 2013 U.Pentadbiran & ULPL
2 Kursus Asas Laman web (CMS Joomla!) 15 Jun 2013 JTMK, UICT & ULPL
3 Karnival Ko Falak 20 Jun 2013 JPA
4 Kursus Asas Seni Jahitan Manik & Labuci 22 Jun 2013 ULPL

Sila baca selanjutnyaTerkini - Senarai Kursus Dalaman dan Kursus TSP PMS!

Terkini - Maklumat Pembayaran Yuran & Pendaftaran Pelajar 2013 (Manual Pelajar)!

Ditulis oleh; Unknown on


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Pertamanya, warga Politeknik Muadzam Shah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat semua pelajar dan bakal pelajar PMS atas kejayaan anda melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma di sini. Namun begitu, terdapat beberapa makluman yang perlu para pelajar ambil maklum agar proses pendaftaran pelajar berjalan lancar.

Melalui Manual Pelajar ini, pelajar akan didedahkan kepada beberapa perkara penting berkaitan dengan Tatacara Semakan Keputusan Peperiksaan Akhir, Tatacara Pembayaran Yuran, Tatacara Pendaftaran Secara Dalam Talian (E-Enrol Online) Melalui SPMP, Cara Pendaftaran Pelajar Senior, Maklumat Menduduki Kolej Kediaman, Etika Berpakaian Semasa Hari Pendaftaran, Tarikh Pendaftaran Politeknik (Pengajian & Kolej Kediaman).

Perhatian

Perhatian kepada semua Mahasiswa PMS anda harus menjelaskan yuran pengajian terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran dalam talian (e-ENROL). Selepas membuat pembayaran sila tunggu selama 1 atau 2 hari untuk sistem dikemaskini. Selepas itu barulah boleh mendaftar e-Enrol tersebut. Sistem masih baru digunakan mohon semua bersabar. Maaf atas semua kesulitan.

Amaran

Amaran kepada meraka yang cuba mengubah dan mengolah maklumat yang terkandung dibawah ini (Manual Pelajar). Tindakan tegas akan diambil sekiranya anda tertangkap.

Sila baca selanjutnyaTerkini - Maklumat Pembayaran Yuran & Pendaftaran Pelajar 2013 (Manual Pelajar)!

Terbaru - Semak Keputusan Peperiksaan Sesi Disember 2012 Online!

Ditulis oleh; Unknown on


Keputusan Peperiksaan Sesi Disember 2012 kini boleh disemak apabila sistem semakan melalui online sudah dikemaskini dan dipaparkan bermula pada 28 Mei 2013 (Selasa) jam 11.00 pagi. Anda boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui aplikasi Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik Muadzam Shah melalui SPMP: Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik Muadzam Shah

Pelajar bagi kursus DPM 5, TPM 5, DPM 6, PPM 6, PPM 7 dan QPM 7 akan dipaparkan di Sistem Keputusan Peperiksaan Online PMS.



Anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Kad Matrik untuk mendapatkan keputusan peperiksaan anda secara online. Difahamkan, para pelajar sudah boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka bermula dari pukul 11.00 pg (28 Mei 2013).
Sila baca selanjutnyaTerbaru - Semak Keputusan Peperiksaan Sesi Disember 2012 Online!

Pertandingan Merekabentuk Jubah dan Cokmar Konvokesyen PMS!

Ditulis oleh; Unknown on



Berita baik buat semua warga PMS yang mempunyai bakat dan kemahiran rekacipta, rekabentuk, lukisan ataupun seni visual, PMS mengajak anda semua untuk menyertai Pertandingan Merekabentuk Jubah dan Cokmar Konvokesyen PMS. Difahamkan, hasil daripada rekaan ini bakal direalisasikan dan akan digunakan pada Majlis Konvokesyen PMS kali ke 8 kelak.

Pertandingan yang julung kali diadakan ini, terbuka kepada SEMUA STAF DAN PELAJAR di Politeknik Muadzam Shah. Sehubungan dengan itu, pertandingan ini juga diharap mampu meningkatkan daya pemikiran dan kreativiti para peserta untuk menghasilkan produk yang berkualiti seiring dengan Dasar Industri Kreatif Negara. Melaluinya juga, diharapkan ianya mampu mengetengahkan produk berkualiti yang melambangkan keunikan tersendiri Politeknik Muadzam Shah.

Untuk makluman semua, pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori:   
  1. Kategori A: Merekabentuk Jubah (bagi VVIP, VIP, KJ, KP termasuk Mortar Board & Graduan tanpa Mortar Board)
  2. Kategori B: Merekabentuk Cokmar dan Pemegang
Dengan ini dipohon agar pihak tuan/puan dapat MERUJUK LAMPIRAN melalui e-mel yang mengandungi:
  1. Poster Promosi Pertandingan
  2. Borang Penyertaan Pertandingan (LINK) atau (LINK)
  3. Syarat  Penyertaan Pertandingan (LINK) atau (LINK)
**Para pelajar & Kakitangan juga boleh dapatkan borang penyertaan dan syarat pertandingan melalui Portal Rasmi PMS dan E-MAIL PMS
Sila baca selanjutnyaPertandingan Merekabentuk Jubah dan Cokmar Konvokesyen PMS!

Sekitar Majlis Konvokesyen PMS Kali Ke-7 (Artikel Bergambar)

Ditulis oleh; Unknown on

Assalammu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Alhamdulillah berakhir sudah Majlis Konvokesyen Politeknik Muadzam Shah Kali Ke-7. Tanggal 9 April 2013, PMS sekali lagi melakar sejarah apabila seramai 317 orang graduan menerima sijil dan diploma mereka.

YBhg. Tn. Hj. Kamaruddin menyampaikan ucapan perasmian

Istiadat Konvokesyen Kali Ke-7 ini telah dirasmikan oleh YBhg Tn. Hj. Kamaruddin bin Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Turut sama hadir pada majlis Istiadat Konvokesyen ini adalah Pengarah-pengarah Politeknik, Pengarah-pengarah Kolej Komuniti, Wakil-wakil Jabatan Persekutuan dan Negeri dan Wakil-wakil Agensi.


Selain menyampaikan Sijil dan Diploma kepada semua graduan, YBhg Tn. Hj. Kamaruddin bin Hamzah juga menyempurnakan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Ko-Kurikulum serta Anugerah Pengarah Politeknik. Berikut merupakan penerima bagi kedua-dua kategori.


Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Ko-Kurikulum
  1. Rismaizal bin Mohd Zihar
    Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
    Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
     
  2. Nurul Aisyah Atikah binti S. Sazali
    Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan)
    Jabatan Perdagangan
     
  3. Poobharathii A/L Balakrishnan
    Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
    Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Penerima anugerah mengambil gambar kenang-kenangan bersama
YBhg. Tn. Hj. Kamaruddin

Anugerah Pengarah Politeknik
  1. Rismaizal bin Mohd Zihar
    Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
    Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
     
  2. Poobharathii A/L Balakrishnan
    Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
    Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Ketika melawat Galeri PMS

Sebaik sahaja perarakan keluar dewan diumumkan, YBhg Tn. Hj. Kamaruddin kemudiannya dibawa melawat Galeri PMS dan tapak pameran dan jualan seterusnya mengakhiri lawatan dengan melawat infrastruktur PMS.

Alhamdulillah, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua AJK dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-7 ini. Semoga segala usaha kita dpandang sebagai amal kebajikan disisiNya. Tahniah diucapkan!

#Paling menarik, pengacara majlis kali ni 6 orang okeh.."Wolverine Bersongkok" (pelakon X-Men) pun ada.. 
Sila baca selanjutnyaSekitar Majlis Konvokesyen PMS Kali Ke-7 (Artikel Bergambar)

FAQ Politik Penjawat Awam - Boleh atau Tidak Boleh?

Ditulis oleh; Unknown on

Assalammu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
 
Kali ini saya ingin kongsikan satu artikel yang sebenarnya telah pun dikongsikan oleh En. Sulaiman bin Abdul Kadir, Timbalan Pengarah PMS melalui e-mailnya kepada semua staff PMS. Artikel berkenaan adalah mengenai FAQ Politik Penjawat Awam. Artikel ataupun dokumen berkenaan boleh didapati melalui e-mail PMS ataupun terus ke alamat Laman Web JPA atau DOWNLOAD FILE INI.

Beberapa perkara haruslah diambil kira oleh penjawat awam yang ingin melibatkan diri dalam bidang politik. Antaranya:-

Peraturan yang berkuat kuasa

1)Peraturan 21(1), P.U.(A)395/1993: Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan & Profesional dilarang mengambil bahagian di dalam politik. Pegawai tidak boleh:  
  1. Memakai lambang parti politik; Memberi pandangan yang berat sebelah atas perkara yang menjadi isu parti politik;
  2. Menerbitkan atau mengedar buku, makalah atau risalah parti politik;
  3. Merayu undi;
  4. Menjadi ejen pilihanraya;
  5. Bertanding apa-apa jawatan parti politik; dan
  6. Memegang jawatan di dalam parti politik.
2)Peraturan 21(2), P.U.(A)395/1993: Pegawai Kumpulan Pelaksana (Sokongan) boleh bertanding / memegang jawatan dalam parti politik setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada:
  1. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam - pegawai gunasama* 
  2. Ketua Setiausaha  Kementerian - pegawai bukan gunasama

    - Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1996
*Perkhidmatan Gunasama Persekutuan ialah perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

3)Peraturan 21(2A), P.U.(A)395/1993: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48, selain Pengetua atau

Guru Besar di institusi pendidikan* dan pegawai yang memegang jawatan pentadbiran, boleh bertanding / memegang jawatan / dilantik ke dalam jawatan parti politik setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.
 
-   Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2010
* Institusi pendidikan bermaksud sekolah, Institut Pendidikan Guru (IPG), English Language Teaching Centre (ELTC), kolej matrikulasi dan Institut Aminuddin Baki (IAB) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

**Sila rujuk e-mail atau download FAQ Politik Penjawat Awam untuk maklumat penuh.
Sila baca selanjutnyaFAQ Politik Penjawat Awam - Boleh atau Tidak Boleh?

Senarai Rasmi Pemenang Ekspo Inovasi dan Akademik (EIDA) Bil. 1/2013!

Ditulis oleh; Unknown on


Pada artikel Ekspo Inovasi dan Akademik (EIDA (Ikuti juga ulasan berkenaan EIDA di link tersebut) yang lalu membicarakan tentang rumusan dan pandangan serta komen berkaitan dengan ekspo yang telah dijalankan pada 17hb April 2013. Bertindak atas pemintaan para pensyarah dan pelajar yang mahu senarai keputusan rasmi pemenang dikeluarkan, artikel ini kemudiannya diterbitkan bagi memenuhi permintaan semua. 

Senarai Pemenang Kategori Penyelidikan

1. Kumpulan 11

Tajuk: Kajian Terhadap Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pengguna Memilih Perkhidmatan Gadai Islam Ar-Rahnu Di Muadzam Shah
  • Nurul Izroaina Binti Zainal Ubat
  • Thanuja A/P Mahaendran
  • Siti Rosnida Binti Ahmad
  • Mohammad Esswandy Bin Zubir
  • Nurul Ain Binti Tahar
2. Kumpulan 10

Tajuk: Kajian Kefahaman E-Dagang Terhadap Usahawan Di Sekitar Kuantan, Pahang
  • Nadim Muhammad Bin Zainul Farid
  • Nursyuhadah Binti Zakaria
  • Nurain Binti Muhammad Nor
  • Nurul Fahana Nabila Binti Asaari
3. Kumpulan 12

Tajuk: Kajian  Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesedaran Terhadap Kewujudan Agensi Kaunselling Pengurusan Kewangan (AKPK) Kepada Penduduk Kuantan, Pahang.
  • Wan Nor Atokaq Suhadah Binti Wan Hamzah
  • Tengku Izharulnizam Bin Tengku Azman
  • Madihah Binti Razip
  • Noris Afikah Binti Ismail
  • Nor Idayu Binti Husein
Senarai Pemenang Kategori Inovasi Produk

1. Kumpulan 8

Tajuk: Packaging Design & Promotion (Mocius)
  • Tay Wei Chin
2. Kumpulan 7
 
Tajuk: Packaging Design & Promotion (Wheta)
  • Muhammad Hafiz Bin Mazelan
3. Kumpulan 2
 
Tajuk: Scarabeo Plow
  • Fatin Aadila Binti Ismail
  • Mohammad Ridhzuan Bin Mohd Shukri
  • Muhammad Syamim Syazwan Bin Che Omar
Senarai Pemenang Kategori Inovasi Teknologi

1. Kumpulan 14
 
Tajuk: Malacca Travel Guide Apps For Android
  • Nurfarahin Binti Madon
  • Kogeelavani A/P Peresami
  • Siti Nabilah Huda Binti Razak
2. Kumpulan 16
 
Tajuk: CD Interaktif: Doa Harian
  • Mohd Aiman Bin Mohd Jamil
  • Mohamad Safiuddin Bin Shafai
3. Kumpulan  15
 
Tajuk: N2S Highway Apps
  • Nurfathin Liyana Bt Kamarudin
  • Nor Azrena Binti A.Wahab
  • Shaun Loh Chia Chieh
Sila baca selanjutnyaSenarai Rasmi Pemenang Ekspo Inovasi dan Akademik (EIDA) Bil. 1/2013!

Bengkel Persediaan Alam Kerjaya Dan Tatacara Permohonan Kerja Secara Online!

Ditulis oleh; Unknown on


Satu bengkel akan diadakan pada 6 April 2013 ini berkenaan dengan persediaan para pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan. Dalam pada itu, pelajar juga akan didedahkan dengan tips-tips berguna untuk menempuh alam kerjaya serta langkah-langkah untuk memohon pekerjaan secara online.
Berikut merupakan butir-butir bengkel tersebut:-

Tarikh: 6 april 2013 (sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan Multimedia Production (JRKV) - sesi pagi & Makmal JTMK - sesi ptg
Anjuran: Unit Psikologi Dan Kerjaya Dengan Kerjasama Pusat Job Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja Pahang

Pelajar terlibat:
  • Pelajar Sem Akhir JP
  • Pelajar Sem 5 JTMK
  • Pelajar Sem 5 JPH
  • Pelajar Sem 5 JRKV
Kehadiran pelajar adalah wajib!

Maklumat lanjut sila ke LAMAN INI!

Sila baca selanjutnyaBengkel Persediaan Alam Kerjaya Dan Tatacara Permohonan Kerja Secara Online!

Aliran Trafik Sempena Majlis Konvokesyen PMS Ke-7!

Ditulis oleh; Unknown on

Klik Gambar Untuk Saiz Yang Lebih Besar

Untuk makluman semua, sempena sidang konvokesyen PMS yang akan berlangsung pada 9 April 2013, satu aliran trafik khas telah direncanakan untuk melancarkan aliran trafik kenderaan pada sebelum, semasa dan selepas acara dilaksanakan. Berikut adalah ringkasan aliran trafik yang akan dilaksanakan :
  • Zon Sehala akan diwujudkan untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas pada hari kejadian. (Telah ditandakan dalam Plan Aliran Trafik)
  • Jalan & Lorong kecil akan ditutup dengan kon & rantai
  • Kawasan parkir di blok JKM, akan dijadikan parkir utama untuk ibu bapa dan pelawat.
  • Tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di tepi jalan terutamanya didalam Zon Sehala.
  • Lorong diantara Dewan Besar dan Blok JKM akan ditutup kepada semua kenderaan kecuali awal pagi (sebelum 8.15pagi) (diwarnakan MERAH dalam Plan Aliran Trafik)
Kajian sebelum ini (Hari Keusahawanan & Kerjaya PMS) mendapati, sebahagian besar dari peniaga/staf yang terlibat dengan gerai jualan meletakkan kenderaan ditepi jalan berhampiran Dewan Besar. Selain itu, aliran trafik 2 hala di kawasan tersebut turut menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk. Sehubungan dengan itu, peniaga/staf yang terlibat dengan gerai jualan dimohon untuk meletakkan/menyediakan gerai dengan lebih awal terutamanya yang melibatkan urusan 'loading dan unloading' barang jualan bagi mengelakkan berlaku kesesakan lalulintas semasa hari kejadian. 
Untuk makluman juga, jawatankuasa lalulintas akan meronda dan mengawal lalulintas sepanjang hari kejadian. Kenderaan yang didapati engkar arahan dan menjadi penyebab kesesakan lalulintas akan diberikan 'BAUCER SAMAN' bernilai RM75.00. Gambar kenderaan tersebut juga akan diambil sebagai bahan bukti untuk tindakan selanjutnya. Oleh itu, besarlah harapan jawatankuasa lalulintas konvokesyen supaya semua pihak mematuhi arahan sementara ini demi untuk kesejahteraan dan kelancaran hari besar tersebut.
Sila baca selanjutnyaAliran Trafik Sempena Majlis Konvokesyen PMS Ke-7!

Kajian Pengesanan Graduan 2013!

Ditulis oleh; Unknown on


Mohon kerjasama semua Graduan PMS sesi Dis 2010, Jun 2011, Dis 2011 dan Jun 2012 adalah DIWAJIBKAN untuk menjawab Kajian Pengesanan Graduan KPT. Sila layari:

Link: Kajian Pengesanan Graduan KPT

Tarikh sistem dibuka : 20 Mac 2013
Tarikh sistem ditutup : 10 April 2013
Sila baca selanjutnyaKajian Pengesanan Graduan 2013!

Surat & Tentatif Penilaian MQA!

Ditulis oleh; Unknown on


Sukacita dimaklumkan bahawa pegawai dan panel penilai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan mengadakan lawatan penialaian seperti diketetapan berikut:

        Tarikh   :10 & 11 April 2013
        Hari      : Rabu dan Khamis

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua kakitangan PMS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan penilaian MQA ini memberi kerjasama sebaiknya kepada panel penilaian dan pegawai-pegawai berkaitan bagi memastikan kerja-kerja penilaian dan pensijilan dapat dijalankan dengan mudah. Kerjasama dan perhatian tuan/puan diucapkan terima kasih.

Sila baca selanjutnyaSurat & Tentatif Penilaian MQA!

Penyertaan Pameran dan Jualan Konvokesyen ke-7 PMS!

Ditulis oleh; Unknown on


Penyertaan Pameran dan Jualan Konvokesyen ke-7 PMS. Sempena konvokesyen yang akan berlangsung pada 8 dan 9 April 2013 melibatkan aktiviti pameran dan jualan. Bermula 1 Mac 2013, aktiviti ini dibuka kepada semua samada pelajar Politeknik Muadzam Shah (PMS)/Jabatan/Kelab/Unit/Peniaga luar untuk penyertaan tersebut.
Sila baca selanjutnyaPenyertaan Pameran dan Jualan Konvokesyen ke-7 PMS!