PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Belanjawan 2014 - CEUPACS Yakin Pekerja Dapat Faedah Imbuhan!

Ditulis oleh; Unknown on


Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin 1.4 juta penjawat awam akan mendapat faedah daripada Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan, Oktober depan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs mengemukakan empat cadangan kepada kerajaan iaitu berkaitan pinjaman perumahan, Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Imbuhan Tahunan dan Elaun Sara Hidup (Cola).

"Kita penuh yakin kerajaan akan mempertimbangkan berasaskan ekonomi negara masih kukuh," katanya kepada pemberita selepas majlis sesi dialog dengan staf Universiti Terknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, hari ini.

Omar berkata, cadangan itu dikemukakan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Mengenai Elaun Sara Hidup (Cola), kerajaan perlu menyelaraskan tanpa  membezakan antara mereka yang tinggal di bandar (mendapat bayaran tinggi) dan mereka yang tinggal di luar bandar (mendapat bayaran rendah)," katanya.

Omar berkata, cadangan itu bukan 'pendesak' sebaliknya mengikut keperluan kerajaan memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga petrol dan diesel.

Ditanya pengumuman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang akan mengisi 60,000 kekosongan jawatan peringkat persekutuan di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, Omar berkata, SPA perlu memberi keutamaan kepada lebih 45,000 pekerja kontrak yang kini sedang berkhidmat di pelbagai sektor awam.

Beliau berkata, terdapat dalam kalangan pekerja kontrak terbabit sudah melalui enam sesi temu duga, namun masih gagal berbanding mereka yang mudah mendapat pekerjaan tanpa melalui temu duga.
Sila baca selanjutnyaBelanjawan 2014 - CEUPACS Yakin Pekerja Dapat Faedah Imbuhan!

Sekitar Majlis Konvokesyen PMS Kali Ke-7 (Artikel Bergambar)

Ditulis oleh; Unknown on

Assalammu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Alhamdulillah berakhir sudah Majlis Konvokesyen Politeknik Muadzam Shah Kali Ke-7. Tanggal 9 April 2013, PMS sekali lagi melakar sejarah apabila seramai 317 orang graduan menerima sijil dan diploma mereka.

YBhg. Tn. Hj. Kamaruddin menyampaikan ucapan perasmian

Istiadat Konvokesyen Kali Ke-7 ini telah dirasmikan oleh YBhg Tn. Hj. Kamaruddin bin Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Turut sama hadir pada majlis Istiadat Konvokesyen ini adalah Pengarah-pengarah Politeknik, Pengarah-pengarah Kolej Komuniti, Wakil-wakil Jabatan Persekutuan dan Negeri dan Wakil-wakil Agensi.


Selain menyampaikan Sijil dan Diploma kepada semua graduan, YBhg Tn. Hj. Kamaruddin bin Hamzah juga menyempurnakan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Ko-Kurikulum serta Anugerah Pengarah Politeknik. Berikut merupakan penerima bagi kedua-dua kategori.


Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Ko-Kurikulum
  1. Rismaizal bin Mohd Zihar
    Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
    Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
     
  2. Nurul Aisyah Atikah binti S. Sazali
    Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan)
    Jabatan Perdagangan
     
  3. Poobharathii A/L Balakrishnan
    Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
    Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Penerima anugerah mengambil gambar kenang-kenangan bersama
YBhg. Tn. Hj. Kamaruddin

Anugerah Pengarah Politeknik
  1. Rismaizal bin Mohd Zihar
    Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
    Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
     
  2. Poobharathii A/L Balakrishnan
    Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
    Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Ketika melawat Galeri PMS

Sebaik sahaja perarakan keluar dewan diumumkan, YBhg Tn. Hj. Kamaruddin kemudiannya dibawa melawat Galeri PMS dan tapak pameran dan jualan seterusnya mengakhiri lawatan dengan melawat infrastruktur PMS.

Alhamdulillah, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua AJK dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-7 ini. Semoga segala usaha kita dpandang sebagai amal kebajikan disisiNya. Tahniah diucapkan!

#Paling menarik, pengacara majlis kali ni 6 orang okeh.."Wolverine Bersongkok" (pelakon X-Men) pun ada.. 
Sila baca selanjutnyaSekitar Majlis Konvokesyen PMS Kali Ke-7 (Artikel Bergambar)

Program Ijazah di Politeknik Tahun Depan!

Ditulis oleh; Unknown on

Beberapa program ijazah akan dilaksana di 32 buah politeknik di seluruh negara dengan kerjasama universiti tempatan mulai tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Mejar (K) Md Nor Yusof. Beliau berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada langkah stategik untuk memperkasa lulusan diploma politeknik.
  
"InsyaAllah, tahun depan kita akan mulakan program berkembar dengan Universiti Teknologi Mara. Untuk itu kita akan memberi pendedahan kepada pegawai kita dalam melaksanakan program ijazah di politeknik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Transformasi Modal Insan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di sini hari ini.
  
Md Nor berkata di peringkat kolej komuniti pula, pihaknya akan melaksana 'diploma pembelajaran berasaskan kerja' tahun depan di 81 buah kolej komuniti di seluruh negara.
  
"Program diploma ini dibuat dengan kerjasama industri. Jadi kita akan cari rakan industri. Pembelajaran pelajar ialah lebih di industri. "Apabila pelajar selesai dengan program ini, peluang mereka untuk diserap terus dalam bidang pekerjaan sangat tinggi. Buat masa ini kita telah mengenal pasti industri minyak dan gas di Miri, Sarawak untuk kolaborasi dengan kita," katanya.
  
Sementara itu beliau berkata kebolehpasaran pekerjaan lulusan politeknik tahun lepas adalah sekitar 71 peratus dan disasarkan 85 peratus tahun ini.
  
"Untuk itu, kita berusaha ke arah itu dengan mengadakan pelbagai program kebolehpasaran pekerjaan. Selain daripada memperkasakan kurikulum, kita akan memperkasa penyampaian di dalam bilik kuliah dan kolaborasi dengan industri agar pelajar kita sama ada di politeknik atau pun kolej komuniti menjadi rebutan majikan," katanya.
  
Md Nor berkata permintaan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia untuk mengikuti pengajian di politeknik dan kolej komuniti memang tinggi dan tahun ini lebih 100,000 yang memohon, namun tempatnya terhad. Mengenai pelancaran buku itu, beliau berkata ia dirangka untuk membantu warga kerja politeknik dan kolej komuniti merencana pembangunan kerjaya mereka.
  
Kini terdapat kira-kira 14,000 PPPT di Jabatan Pengajian Tinggi, Jabatan Pengajian Politeknik dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

Sumber: Sinar Harian (23 November 2012)
Sila baca selanjutnyaProgram Ijazah di Politeknik Tahun Depan!