Ekspo Inovasi dan Akademik (EIDA)!

Ditulis oleh; Unknown on


Tanggal 17 April 2013 menyaksikan pelbagai inovasi baru telah berjaya dicipta. Kalau dahulunya Hari Q atau Hari Kualiti mahupun Hari Inovasi menjadi medan perkongsian ilmu dan penyelidikan. Kini Ekspo Inovasi dan Akademik (EIDA) mula mendapat perhatian warga PMS untuk sama-sama mengetengahkan inovasi-inovasi ataupun penyelidikan mahupun kajian-kajian baru khususnya kepada para pelajar dan kakitangan.

Program yang berlangsung selama sehari itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:-

a) Inovasi Produk - menghasilkan produk baru seperti mesin dan pelbagai alatan
b) Inovasi Penyelidikan - menjalankan kajian menyeluruh tentang sesuatu tajuk
c) Inovasi Teknologi - membangunkan sistem, perisian dan teknologi

Sebagai makluman, EIDA pada kali ini dianjurkan oleh Unit Penyelidikan dan Inovasi (UPI) dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Apa yang menariknya adalah hasil ciptaan para pelajar semester akhir Jabatan Teknologi Maklumat yang telah mencipta aplikasi yang berkonsepkan panduan (Tour Guide) yang dikhususkan kepada para pelancong yang ingin ke Melaka.  Buat masa ini, aplikasi tersebut hanya menyediakan dan menetapkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama aplikasi. Difahamkan para pembangun aplikasi akan memasukkan beberapa jenis bahasa lagi ke dalam aplikasi berkenaan bagi memudahkan para pelancong dan pengguna untuk meneliti tempat-tempat menarik yang terdapat di Melaka sekaligus dapat memudahkan para pelancong dan pengguna untuk merancang aktiviti lawatan mereka.

Berbeza dengan perisian dan aplikasi dari pelajar dan peserta yang lain, ciptaan para pelajar JTMK jauh berbeza dan lebih matang dari segi ciptaan, isi aplikasi, info yang terdapat dalam aplikasi dan laman web, rekacipta aplikasi dan impak serta kesan dan sumbangannya kepada pengguna. Apa yang menariknya aplikasi sebegini mampu bersaing dengan pembangun aplikasi yang lain bukan sahaja dalam Malaysia malah luar negara.


Selain itu, terdapat juga inovasi pelajar yang membawakan CD Interaktif: Doa Harian sebagai taruhan mereka dalam EIDA pada kali ini. Walaupun konsepnya ringkas dan mudah namun idea dan animasi serta isi kandungan yang terdapat dalam CD berkenaan mampu menarik ramai pengguna apabila ianya dipasarkan kelak. Memilih Doa Harian sebagai tunjang utama dalam CD berkenaan, ianya bersesuaian dengan sasaran pengguna kanak-kanak yang berumur sekitar 5-10 tahun. Bukan itu sahaja, malahan terdapat juga lagu-lagu nasyid yang menarik yang membolehkan penggunanya menyanyi bersama-sama. Dalam lagu-lagu yang dibawakan dalam CD Interaktif berkenaan terselit pengajaran dan teladan berguna buat kanak-kanak meniti kehidupan mendatang.

Sedikit komen dan nasihat bagi mereka (pelajar) yang mahu mencipta atau membuat BLOG, para pelajar harus menetapkan, mengkaji dan memasukkan beberapa kriteria-kriteria berikut:

Matlamat utama - Tujuan berblog (Nak buat blog pasal "Online Shopping" atau Travelog dan sebagainya)
Pengenalan - Rata-rata peserta pada EIDA kali ini, yang terlibat dalam BLOG, semuanya lupa untuk meletakkan ruang WIDGET Pengenalan (About Us) atau latar belakang.
URL tidak terlalu panjang - URL yang panjang menyebabkan kurangnya 

Hadir sama dalam majlis penutup Ekspo Inovasi dan Akademik (EIDA) Bil. 1/2013 adalah Pn. Norlida binti Abd Razak. Dalam ucapan yang disampaikan semalam, beliau menasihatkan agar apa jua bentuk hasil ciptaan, para pelajar mahupun pensyarah haruslah berusaha agar produk mereka itu dipatenkan. Ianya bagi mengelakkan idea dan produk yang diusahakan itu tidak ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tahniah diucapkan kepada peserta dan pensyarah yang sama-sama menjayakan Ekspo Inovasi dan Akademik (EIDA) dari mula sehingga ke penghujungnya. 



**Artikel yang ditulis berdasarkan pengamatan dan pengalaman penulis yang juga merupakan salah seorang juri (Bahagian Inovasi Teknologi) pada EIDA yang baru lalu.
**Tetiba teringat kat "kerepek biji durian"..apa lah agaknya rasa kerepek biji durian tu yer..menanti produk itu dipasarkan dan dijual di PMS..

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment