PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Majlis Perasminan Penutup MSP & MOU Bersama UNITEN!

Ditulis oleh; Unknown on


Turut serta memriahkan majlis ialah Y. Brs Mejar (K) Haji Md Nor Bin Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik merangkap Penaung Majlis Sukan Politeknik.

Sebanyak  25 kontigen dari Politeknik seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam 20 acara yang dipertandingkan. Tahniah kepada kontigen Politeknik Ungku Omar (PUO) yang dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan yang berjaya merangkul 21 emas 11 perak dan 3 gangsa. Kedudukan pingat adalah seperti berikut:

Bil
Politeknik
Emas
Perak
Gangsa
Total
1 PUO
21
11
3
35
2 PMK
4
1
1
6
3 PSAS
2
4
8
14
4 PKS
2
2
1
5
5 PKK
1
9
2
12
6 PTSS
1
3
2
6
7 PSA
1

1
2
8 PSP
1

1
2
9 PMU
1


1
10 PMM

2
5
7
11 PSIS

1
1
2
12 PTSB

1

1
13 PSS


3
3
14 PIS


2
2
15 PMJ


1
1
16 POLISAS


1
1
17 PMKU


1
1
18 PSMZA


1
1

TAHNIAH diucapkan kepada semua kontigen yang mengambil bahagian dan menunjukkan semangat kesukanan dan kerjasama dalam menjayakan karnival ini.  Pelajar PUO, saudara Pang Li Chong telah dinobatkan sebagai Olahragawan di atas kejayaannya merangkul tiga (3) emas dan memecah dua rekod SUKMA.  Sementara  saudari Nurul Huda Ahmad Faizal yang memenangi lima (5) emas telah dinobatkan sebagai Olahragawati Karnival Sukan Olahraga MSP kali ke 14.

Adalah diharapkan atlet-atlet yang dilahirkan menerusi kejohanan ini dapat meneruskan kejayaan dalam pertandingan SUKIPT  dan menjulang nama Politeknik Malaysia dipersada dunia.

Majulah Sukan Untuk Negara.

Artikel bertarikh: 2 Oktober 2012
Sila baca selanjutnyaMajlis Perasminan Penutup MSP & MOU Bersama UNITEN!

SUKIPT 2012 Melabuhkan Tirai!

Ditulis oleh; Unknown on


Setelah 15 hari berlangsung, akhirnya SUKIPT 2012 telah melabuhkan tirainya dengan gilang-gemilang pada hari Ahad, 11 November 2012 bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam, semalam. Majlis penutup yang penuh bersejarah itu telah dihadiri oleh lebih 10,000 orang atlet, pegawai dan sukarelawan yang disiarkan secara langsung secara berperingkat di RTM 1 dari jam 2.00 hingga 5.00 petang.

Melalui kejohanan ini, Ian Leong Bell berusia 20 tahun daripada USM telah dinobatkan sebagai Olahragawan SUKIPT 2012 setelah memenangi 7 pingat emas iaitu 4 pingat individu dan 3 pingat berpasukan daripada acara renang. Manakala, Chui Lai Kwan berusia 22 tahun daripada UPM itu telah dipilih sebagai Olahragawati untuk kejohanan kali pertama ini. Ratu renang UPM itu dipilih berdasarkan pencapaian 13 pingat emas yang diperolehi  iaitu 12 pingat individu dan 1 pingat berpasukan. Olahragawan dan Olahragawati SUKIPT 2012 ini, masing-masing membawa pulang Piala Pusingan, Piala Iringan dan tiket penerbangan tajaan daripada Air Asia.

Juara keseluruhan SUKIPT 2012 pula menjadi milik kontigen daripada UPM dengan pungutan pingat sebanyak 52 emas, 26 perak dan 21 gangsa. Diikuti UiTM di tempat kedua dengan pungutan pingat sebanyak 39 emas, 23 perak dan 44 gangsa. Manakala, UniMAP di tempat ketiga dengan 17 pingat emas, 1 perak dan 5 gangsa.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi diiringi oleh YBhg. Datuk Haji Omar Abd. Rahman, TKSU (P).

Sehubungan itu, semua warga Bahagian Sukan dan sekretariat SUKIPT 2012, ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan SUKIPT 2012 terutama sekali kepada YB Menteri, YBTM I, YBTM II, KSU, TKSU (P), Ketua-ketua Jabatan, IPT dan sukarelawan.

Urusetia/ sekretariat SUKIPT juga ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan, kekurangan atau kelemahan di sepanjang kami menganjurkan kejohanan ini. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Jumpa lagi di SUKIPT 2014!

Sila baca selanjutnyaSUKIPT 2012 Melabuhkan Tirai!

600 Pelajar Politeknik Sertai Karnival Sukan Olahraga!

Ditulis oleh; Unknown on

600 Pelajar Politeknik Sertai Karnival Sukan Olahraga

Sila baca selanjutnya600 Pelajar Politeknik Sertai Karnival Sukan Olahraga!

Majlis Perasmian Penutup MSP dan MOU PMS bersama UNITEN!

Ditulis oleh; Unknown on

Sekitar Majlis Perasmian Penutup MSP dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) PMS bersama UNITEN!


Sila baca selanjutnyaMajlis Perasmian Penutup MSP dan MOU PMS bersama UNITEN!

Pertandingan Formula Varsity Anjuran UTEM!

Ditulis oleh; Unknown on

Sekitar pertandingan Formula Varsity Anjuran UTEM yang diwakili Team PMS dan mendapat tempat ke-5. Tahniah Team PMS!

Sila baca selanjutnyaPertandingan Formula Varsity Anjuran UTEM!

Biasiswa Sukan Menanti Pemenang Emas SUKIPT!

Ditulis oleh; Unknown on

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, terdapat 22 acara yang dipertandingkan dalam temasya SukIPT 2012 yang bermula 28 Oktober hingga 11 November depan.

"Biasiswa Sukan KPT ini kita hanya tawarkan kepada pelajar Malaysia yang menjadi johan dalam setiap acara yang disertai memandangkan kejohanan SukIPT 2012 ini turut disertai oleh pelajar antarabangsa.

"Kejohanan ini merupakan kali pertama kita anjurkan dan bagi memberi semangat kepada setiap pelajar yang menyertainya, jadi kita tawarkan kepada mereka biasiswa itu," katanya.

Saifuddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Bola Keranjang 3on3 institusi pengajian tinggi (IPT) 2012 di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuantan semalam. Pada karnival tersebut, sebanyak 31 pasukan membabitkan IPT dan tujuh buah sekolah mengambil bahagian bagi merebut Piala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pemenang karnival tersebut juga tidak terkecuali daripada menerima biasiswa yang sama dalam usaha menggalakkan lebih ramai pelajar menyertai sukan tersebut. Ujar beliau, pemberian biasiswa tersebut membuktikan kerajaan serius untuk mencapai matlamat 30 peratus atlet negara adalah terdiri daripada pelajar IPT.

"Saya yakin matlamat ini akan berjaya dicapai kerana kita dapat lihat pada Sukan Olimpik lalu, sembilan daripada 30 atlet yang pergi ke sana (London) adalah daripada pelajar universiti," katanya.

Beliau memberitahu, selain mencapai hasrat tersebut, pihaknya turut menyasarkan untuk meraih pingat emas pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Laos, Disember depan.

"Matlamat jangka sederhana kita pula adalah untuk layak ke Sukan Universiti Dunia (WUG) yang begitu mencabar dan jika kita boleh menjadi juara pada AUG, kita ada peluang besar untuk menyertainya (WUG)," katanya.
Sila baca selanjutnyaBiasiswa Sukan Menanti Pemenang Emas SUKIPT!

Sukan IPT Bakal Jadi Kejohanan Nasional Berprestij!

Ditulis oleh; Unknown on


Penyelaras Media Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Nur Ekmal Buhari berkata setakat ini lebih 10,000 atlet dan pegawai dari 98 kontinjen Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan kolej komuniti seluruh negara telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan yang julung kali diadakan itu.

"Ini kali pertama IPTA, IPTS dan kolej komuniti bersaing dalam satu kejohanan besar, oleh sebab itu tentu sahaja setiap institusi akan menghantar peserta terbaik mereka.

"Kita boleh menjangkakan penyertaan daripada atlet elit dalam acara-acara seperti olahraga, memanah, renang dan badminton, malah berkemungkinan besar ada atlet yang bertanding di Olimpik baru-baru ini akan mengambil bahagian," katanya kepada media selepas taklimat kepada wakil-wakil kontinjen di KPT di sini hari ini.

Selain penglibatan atlet elit, Nur Ekmal berkata SUKIPT akan turut menyaksikan penyertaan atlet dari Sukan Malaysia dan mahasiswa yang berasal dari luar negara sekaligus menjadikan temasya itu kejohanan sukan paling kompetitif di antara pusat-pusat pengajian tinggi.
Sila baca selanjutnyaSukan IPT Bakal Jadi Kejohanan Nasional Berprestij!