Biasiswa Sukan Menanti Pemenang Emas SUKIPT!

Ditulis oleh; Politeknik Muadzam Shah on

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, terdapat 22 acara yang dipertandingkan dalam temasya SukIPT 2012 yang bermula 28 Oktober hingga 11 November depan.

"Biasiswa Sukan KPT ini kita hanya tawarkan kepada pelajar Malaysia yang menjadi johan dalam setiap acara yang disertai memandangkan kejohanan SukIPT 2012 ini turut disertai oleh pelajar antarabangsa.

"Kejohanan ini merupakan kali pertama kita anjurkan dan bagi memberi semangat kepada setiap pelajar yang menyertainya, jadi kita tawarkan kepada mereka biasiswa itu," katanya.

Saifuddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Bola Keranjang 3on3 institusi pengajian tinggi (IPT) 2012 di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuantan semalam. Pada karnival tersebut, sebanyak 31 pasukan membabitkan IPT dan tujuh buah sekolah mengambil bahagian bagi merebut Piala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pemenang karnival tersebut juga tidak terkecuali daripada menerima biasiswa yang sama dalam usaha menggalakkan lebih ramai pelajar menyertai sukan tersebut. Ujar beliau, pemberian biasiswa tersebut membuktikan kerajaan serius untuk mencapai matlamat 30 peratus atlet negara adalah terdiri daripada pelajar IPT.

"Saya yakin matlamat ini akan berjaya dicapai kerana kita dapat lihat pada Sukan Olimpik lalu, sembilan daripada 30 atlet yang pergi ke sana (London) adalah daripada pelajar universiti," katanya.

Beliau memberitahu, selain mencapai hasrat tersebut, pihaknya turut menyasarkan untuk meraih pingat emas pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Laos, Disember depan.

"Matlamat jangka sederhana kita pula adalah untuk layak ke Sukan Universiti Dunia (WUG) yang begitu mencabar dan jika kita boleh menjadi juara pada AUG, kita ada peluang besar untuk menyertainya (WUG)," katanya.

Mengenai Penulis:

Azri Abd. Rajid mula terlibat dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007. Beliau sebenarnya berasal dari Keningau, Sabah dan kini menabur bakti di Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Twitter | Facebook

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment