Sukan IPT Bakal Jadi Kejohanan Nasional Berprestij!

Ditulis oleh; Unknown on


Penyelaras Media Bahagian Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Nur Ekmal Buhari berkata setakat ini lebih 10,000 atlet dan pegawai dari 98 kontinjen Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan kolej komuniti seluruh negara telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan yang julung kali diadakan itu.

"Ini kali pertama IPTA, IPTS dan kolej komuniti bersaing dalam satu kejohanan besar, oleh sebab itu tentu sahaja setiap institusi akan menghantar peserta terbaik mereka.

"Kita boleh menjangkakan penyertaan daripada atlet elit dalam acara-acara seperti olahraga, memanah, renang dan badminton, malah berkemungkinan besar ada atlet yang bertanding di Olimpik baru-baru ini akan mengambil bahagian," katanya kepada media selepas taklimat kepada wakil-wakil kontinjen di KPT di sini hari ini.

Selain penglibatan atlet elit, Nur Ekmal berkata SUKIPT akan turut menyaksikan penyertaan atlet dari Sukan Malaysia dan mahasiswa yang berasal dari luar negara sekaligus menjadikan temasya itu kejohanan sukan paling kompetitif di antara pusat-pusat pengajian tinggi.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment