PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label PMS. Show all posts
Showing posts with label PMS. Show all posts

Tatacara Pembayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama!

Ditulis oleh; Unknown on

Terlebih dahulu pihak kami mengucapkan tahniah kepada anda kerana telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Bermula pada SESI DISEMBER 2011, calon yang terpilih memasuki Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia hendaklah membayar YURAN PENGAJIAN/ ASRAMA di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

MAKLUMAT PENTING

1. Semua pelajar Politeknik KPT (pelajar baru dan senior) diwajibkan membuat pembayaran yuran pengajian / yuran asrama di mana-mana cawangan Bank Islam (M) Berhad.
2. Tarikh kuatkuasa : Sesi Disember 2011
3. Yuran Pengajian wajib dibayar sebelum pengajian.

KAEDAH PEMBAYARAN

Bayaran boleh dibuat melalui saluran berikut:
a. Perkhidmatan Kaunter BIMB
b. Perkhidmatan Perbankan Internet (bankislam.biz)
c. Mesin ATM BIMB

Berikut adalah no.akaun dan nama penerima bagi pungutan hasil terimaan Politeknik.

No. Akaun : 16-018-01-001754-1
Nama penerima : POLITEKNIK KPT

Segala surat menyurat akan diberi kepada alamat berikut :

Jabatan Pengajian Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi,
Bangunan Komersial PJH,
Tingkat 3, 4, 5,
Lot 4C11, No. 29, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62570 Putrajaya.

Tel : 03-89919000
Fax : 03-89919300



Calon boleh membuat bayaran di mana-mana kaunter cawangan BIMB dengan melengkapkan Borang Slip Pembayaran Bil seperti berikut:


Nama Pelajar:  AISY QAYYUM BIN MUHD ZAKI
No. KP: 
110510-16-0037   
Bayar Kepada: 
POLITEKNIK KPT   
Jenis Bayaran: 
YURAN PENGAJIAN/ YURAN ASRAMA/YURAN PENGAJIAN + ASRAMA   
Amaun: 
RM200/RM60/RM260   

(Setiap transaksi akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM1.00. Sila simpan salinan pendua Borang Slip Pembayaran Bil yang akan dikembalikan oleh pihak bank sebagai bukti pembayaran)

Pembayaran hendaklah diasingkan iaitu RM 200.00 (YURAN PENGAJIAN) untuk slip yang pertama dan RM 60.00 (ASRAMA) untuk slip yang kedua. Pelajar juga digalakkan menggunakan kaedah pembayaran ini disebabkan salinan slip boleh dijadikan bukti yang pelajar telah membuat pembayaran.

PEMBAYARAN DI MESIN ATM BIMB (Pembayar mempuyai akaun BIMB)

Pilihan menu:

1.      Lain-lain
2.      Pembayaran Bil/Yuran IPT
3.      Yuran IPT
4.      Masukan NO KAD PENGENALAN pelajar
5.      Pilih bil bayaran yuran
6.      Masukkan amaun pembayaran yang betul
7.      Transaksi selesai, ambil resit.

(Setiap transaksi akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM0.50. Sila simpan resit anda sebagai bukti pembayaran).

PEMBAYARAN MELALUI PERBANKAN INTERNET (bankislam.biz)
      
1. Calon perlu mempunyai akaun BIMB dan ID untuk mengakses perbankan internet Bank Islam. Sila layari www.bankislam.com.my

a) Klik logo "Internet Banking Login" dan tekan butang "ok" pada "Security Alerts".
b) Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam.
c) Pilih "Bill Presentment" pada menu "Bill Payment".
d) Pilih “Politeknik KPT” pada senarai payee corporation.
e) Masukkan “No Kad Pengenalan” pada ruang IC/Passport number dan klik "next".
f) Klik 'select’ pada bill reference untuk paparan maklumat pembayaran
g) Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih "source account" yang hendak di debitkan dan masukkan jumlah amaun yang hendak dibayar dan klik "pay"
h) Maklumat bayaran dipamirkan untuk tujuan varifikasi. Klik ‘confirm’ untuk pengesahan pembayaran.
i) Cetak pengesahan pembayaran sebagai bukti pembayaran.

(Calon adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai rujukan. Caj perkhidmatan sebanyak RM0.50 akan didebitkan daripada akaun pembayar).
Sila baca selanjutnya → Tatacara Pembayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama!

Galeri PMS!

Ditulis oleh; Unknown on

Berikut merupakan beberapa aktiviti yang telah dijalankan di Politeknik Muadzam Shah yang melibatkan pelajar dan kakitangan PMS.
  1. Kursus Asas Fotografi Komuniti FELDA Keratong 8,9,10
  2. Pertandingan Formula Varsity Anjuran UTEM
  3. Kursus Pembinaan (TOT) Pembimbing Rakan Siswa PMS
  4. Majlis Perasmian Penutup MSP dan MOU PMS bersama UNITEN
Sila baca selanjutnya → Galeri PMS!

Piagam Pelanggan PMS!

Ditulis oleh; Unknown on

PIAGAM PELANGGAN
  1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar mendaftar.
  2. Proses PPP dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan.
  3. Status tindakan terhadap aduan pelanggan dimaklumkan kepada pengadu dalam masa 2 minggu selepas aduan diterima.
  4. Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu selepas semester pengajian berakhir.
  5. Berusaha untuk melaksanakan 100% penyeliaan ke atas semua pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri pada semester semasa.
Sila baca selanjutnya → Piagam Pelanggan PMS!

Visi & Misi PMS!

Ditulis oleh; Unknown on

VISI

Politeknik pilihan penjana modal insan melalui pendidikan dan latihan yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global menjelang 2015.

MISI

Mewujudkan persekitaran kondusif mencakupi pembangunan sahsiah bagi memperkasakan modal insan yang kreatif dan berdaya saing.
Sila baca selanjutnya → Visi & Misi PMS!

Disclaimer

Ditulis oleh; Unknown on

  1. All information provided in official Polytechnic Muadzam Shah Blog is provided for information purposes only and does not constitute a legal contract between the polytechnic and any person or entity unless otherwise specified. Information on official polytechnic Blog is subject to change without prior notice. Although every reasonable effort is made to present current and accurate information, the polytechnic makes no guarantees of any kind.
  2. The Polytechnic Muadzam Shah Blog may contain information that is created and maintained by a variety of sources both internal and external to the polytechnic. These sites are unmoderated forums containing the personal opinions and other expressions of the persons who post the entries. The Polytechnic Muadzam Shah Blog does not control, monitor or guarantee the information contained in these sites or information contained in links to other external web sites, and does not endorse any views expressed or products or services offered therein. In no event shall the Polytechnic Muadzam Shah Blog be responsible or liable, directly or indirectly, for any damage or loss caused or alleged to be caused by or in connection with the use of or reliance on any such content, goods, or services available on or through any such site or resource.
Sila baca selanjutnya → Disclaimer

Pautan & Muat Turun

Ditulis oleh; Unknown on

Sila baca selanjutnya → Pautan & Muat Turun

Unit Pembangunan & Penyenggaraan

Ditulis oleh; Unknown on

Unit Pembangunan dan Penyenggaraan adalah unit yang bertanggungjawab untuk mengenalpasti kerja-kerja penyenggaraan, menaiktaraf bangunan, penyenggaraan sistem, penyenggaraan kemudahan, mengurus pembelian alatan penyenggaraan berkala dan menjalankan penyenggaraan berkala. Unit Pembangunan dan Penyenggaraan juga akan memantau projek-projek yang sedang dalam pelaksanaan oleh kontraktor bagi memastikan Politeknik Muadzam Shah berada dalam keadaan yang kondusif, selesa , sempurna dan selamat.

Objektif

1. Memastikan jadual perancangan kerja yang ditetapkan dilaksanakan sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh setahun.
2. Memastikan staff UPP dapat menyiapkan kerja-kerja yang diadukan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh aduan dibuat.

Fungsi

Unit ini bertanggungjawab bagi mengenalpasti kerja-kerja penyenggaraan bangunan, penyenggaraan sistem, penyenggaraan kemudahan, mengurus pembelian peralatan, penyenggaraan berkala serta mengurus skop kerja menaiktaraf bangunan.
Sila baca selanjutnya → Unit Pembangunan & Penyenggaraan

Unit Belia & Sukan

Ditulis oleh; Unknown on

Unit Belia dan Sukan (UBS) diwujudkan selaras dengan penubuhan Politeknik Muadzam Shah pada 1hb Ogos 2003. Fungsi utama UBS adalah untuk menjalankan aktiviti sukan selaras dengan kokurikulum yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Objektif

Menguruskan sukan pelajar dengan terancang dan sistematik bagi memastikan aktiviti sukan dilaksanakan mengikut perancangan.

Fungsi

1. Urusan Perancangan Aktiviti Sukan.
2. Urusan Pelaksanaan Kegiatan Sukan Pelajar (Dalam/Luar Kampus).
3. Urusan Kewangan dan Perolehan Peralatan.
4. Urusan Perkembangan Staf.
5. Urusan Data dan Dokumentasi.
Sila baca selanjutnya → Unit Belia & Sukan

Unit Peperiksaan

Ditulis oleh; Unknown on

Unit Peperiksaan berperanan menyelaras, menyelia, memantau, membantu dan memudahkan pengurusan berkaitan peperiksaan di setiap Jabatan Akademik. Unit Peperiksaan Politeknik Muadzam shah diketuai oleh Pegawai Peperiksaan (DH1-1) dengan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir (N3-1), seorang Pembantu Tadbir (N4-1) dan seorang Pembantu Am Pejabat (N5-1) . Pegawai Peperiksaan juga dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan Jabatan (PPJ) yang telah dilantik daripada setiap Jabatan Akademik dan Jabatan Sokongan yang masing-masing berperanan menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan penilaian, data, bank soalan dan pensijilan. Penyelaras Peperiksaan Jabatan bagi setiap jabatan akan berada di bawah Ketua Penyelaras Peperiksaan Jabatan merujuk kepada carta organisasi jabatan masing-masing.Tugas Pegawai Peperiksaan adalah bertanggungjawab mengawasi secara keseluruhan perjalanan peperiksaan politeknik sementara Penyelaras Peperiksaan adalah bertanggungjawab menguruskan hal - hal peperiksaan untuk jabatan masing - masing.

Unit Peperiksaan dilengkapi khas dengan peralatan-peralatan seperti komputer, mesin percetakan dan sebuah bilik keselamatan (bilik kebal) khas untuk menyimpan Item Peperiksaan Akhir.

FASILITI

Bagi memenuhi keperluan dan pengurusan peperiksaan, Unit Peperiksaan memiliki fasiliti berikut;
•    Bilik Komputer
•    Bilik Kebal
•    Bilik Cetak
•    Bilik Mesyuarat
•    Bilik Pegawai Peperiksaan
•    Bilik Penyelaras Peperiksaan Jabatan
•    Pantry

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik merangkumi aktiviti penilaian yang melibatkan Penilaian Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA). Bagi aktiviti Penilaian Berterusan ianya dilaksanakan sepanjang semester pengajian bermula dari minggu pertama semester sehingga minggu ke lapan belas.

Penilaian Akhir akan dilaksanakan pada Peperiksaan Akhir Semester yang dijalankan dua kali setahun pada setiap hujung semester iaitu pada setiap minggu ke sembilan belas dan dua puluh tiap-tiap semester. Setiap keputusan peperiksaan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli - Ahli Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik yang dipengerusikan oleh Pengarah Politeknik Muadzam Shah.  Ahli - ahli jawatankuasa yang lain terdiri daripada Pegawai Peperiksaan, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua unit yang dilantik oleh Pengarah. Semua  aktiviti peperiksaan yang dilaksanakan bagi sepanjang semester dan sepanjang tahun adalah merujuk kepada Takwim Aktiviti-aktiviti Pentaksiran yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Keselarasan Peperiksaan Politeknik KPTM.
Sila baca selanjutnya → Unit Peperiksaan

Unit Psikologi & Kerjaya

Ditulis oleh; Unknown on

Unit Psikologi dan Kerjaya adalah sebuah unit yang menjalankan perkhidmatan yang berteraskan 3 aspek penting dalam pembangunan manusia iaitu mental, fizikal dan emosi. Unit ini adalah unit sokongan akademik yang mana berperanan membantu membentuk pembangunan insaniah. Ia juga menyediakan perkhidmatan yang berfokus kepada psikologikal, kaunseling dan kerjaya warga politeknik Muadzam Shah terutama pelajar dan kakitangan.

Visi


Menjadi sebuah unit yang mampu melengkapkan graduan PMS dengan ilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak, berkemahiran serta berupaya melahirkan modal insan yang berkualiti secara fizikal dan spiritual.

Misi

Menyediakan perkhidmatan yang terbaik berkaitan dengan pembinaan kognitif dan tingkah laku, mengukuhkan peluang kerjaya serta bertanggungjawab kepada penerimaan pengaruh persekitaran sosial.

Objektif

1. Perubahan Kognitif dan Tingkah Laku

Memastikan graduan minda kelas pertama yang mampu menggunakan pemikiran yang selari dengan tingkah laku secara positif, kreatif & kritis.

2. Pengukuhan Kerjaya dan Membudayakan Pembelajaran

Memastikan graduan menggunakan ilmu pengetahuan secara proaktif, kreatif, inovatif dan berkemahiran teknikal dalam meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.

3. Bertanggungjawab kepada Penerimaan Pengaruh Sosial

Berusaha untuk bertanggungjawab, membangunkan dan mengukuhkan perpaduan, jati diri, keadilan sosial, menghormati kepelbagaian dan kesejahteraan diri, masyarakat serta negara.

Fungsi

Memberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang berbentuk pencegahan, pembangunan dan pemulihan untuk meningkatkan keupayaan modal insan.

URUSAN PERKHIDMATAN KAUNSELING:

1. Urusan Perkhidmatan Kaunseling Individu.
2. Urusan Perkhidmatan Kaunseling Kelompok.
3. Urusan Perkhidmatan Kaunseling Keluarga.
4. Urusan Pengendalian Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya.
5. Urusan Pengendalian Konsultansi Ibu Bapa.

URUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN:

1. Urusan Pengendalian Ceramah.
2. Urusan Lawatan Sambil Belajar.
3. Urusan Pengendalian Seminar/Bengkel/Kursus.
4. Urusan Pengendalian Pameran.
5. Urusan Pengendalian Ujian Psikologi.
6. Urusan Pelaksanaan Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP).
7. Urusan Penyebaran Maklumat Akademik / Kerjaya.
8. Urusan Penyebaran Maklumat Perkhidmatan Unit Kaunseling.
9. Urusan Penyebaran Maklumat Perkhidmatan Sosial.
Sila baca selanjutnya → Unit Psikologi & Kerjaya