Unit Psikologi & Kerjaya

Ditulis oleh; Unknown on

Unit Psikologi dan Kerjaya adalah sebuah unit yang menjalankan perkhidmatan yang berteraskan 3 aspek penting dalam pembangunan manusia iaitu mental, fizikal dan emosi. Unit ini adalah unit sokongan akademik yang mana berperanan membantu membentuk pembangunan insaniah. Ia juga menyediakan perkhidmatan yang berfokus kepada psikologikal, kaunseling dan kerjaya warga politeknik Muadzam Shah terutama pelajar dan kakitangan.

Visi


Menjadi sebuah unit yang mampu melengkapkan graduan PMS dengan ilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak, berkemahiran serta berupaya melahirkan modal insan yang berkualiti secara fizikal dan spiritual.

Misi

Menyediakan perkhidmatan yang terbaik berkaitan dengan pembinaan kognitif dan tingkah laku, mengukuhkan peluang kerjaya serta bertanggungjawab kepada penerimaan pengaruh persekitaran sosial.

Objektif

1. Perubahan Kognitif dan Tingkah Laku

Memastikan graduan minda kelas pertama yang mampu menggunakan pemikiran yang selari dengan tingkah laku secara positif, kreatif & kritis.

2. Pengukuhan Kerjaya dan Membudayakan Pembelajaran

Memastikan graduan menggunakan ilmu pengetahuan secara proaktif, kreatif, inovatif dan berkemahiran teknikal dalam meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.

3. Bertanggungjawab kepada Penerimaan Pengaruh Sosial

Berusaha untuk bertanggungjawab, membangunkan dan mengukuhkan perpaduan, jati diri, keadilan sosial, menghormati kepelbagaian dan kesejahteraan diri, masyarakat serta negara.

Fungsi

Memberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang berbentuk pencegahan, pembangunan dan pemulihan untuk meningkatkan keupayaan modal insan.

URUSAN PERKHIDMATAN KAUNSELING:

1. Urusan Perkhidmatan Kaunseling Individu.
2. Urusan Perkhidmatan Kaunseling Kelompok.
3. Urusan Perkhidmatan Kaunseling Keluarga.
4. Urusan Pengendalian Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya.
5. Urusan Pengendalian Konsultansi Ibu Bapa.

URUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN:

1. Urusan Pengendalian Ceramah.
2. Urusan Lawatan Sambil Belajar.
3. Urusan Pengendalian Seminar/Bengkel/Kursus.
4. Urusan Pengendalian Pameran.
5. Urusan Pengendalian Ujian Psikologi.
6. Urusan Pelaksanaan Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP).
7. Urusan Penyebaran Maklumat Akademik / Kerjaya.
8. Urusan Penyebaran Maklumat Perkhidmatan Unit Kaunseling.
9. Urusan Penyebaran Maklumat Perkhidmatan Sosial.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment