PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Pencapaian. Show all posts
Showing posts with label Pencapaian. Show all posts

Tahniah! CCE2014 Innovation Competiton!

Ditulis oleh; Unknown on



Politeknik Muadzam Shah telah menghantar 3 penyertaan ke Pertandingan CCE2014 Innovation Competiton yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai pada 24  - 25 Jun 2014. Pasukan PMS mencatat kejayaan cemerlang dengan meraih 1 pingat Emas dan 1 pingat Perak.


Pingat Emas telah disumbang oleh mobile apps e-Iqra’ yang dibangunkan oleh pelajar Lyana Binti Mukiar, Muhammad Asyraf Qusyairi Bin Shaharin dan Muhammad Syahmi Bin Jaafar manakala pingat Perak disumbang oleh mobile apps IntelliHome yang dibangunkan oleh Azan Faiz Bin Ahmad Noor, Muhammad Syariff Bin Aripin dan Nur Azilarina Bini Mohd Termezai. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mengharumkan nama PMS. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan akan datang.
Sila baca selanjutnyaTahniah! CCE2014 Innovation Competiton!

Tahniah! First Runner Up Pertandingan CISCO Netriders Malaysia 2014!

Ditulis oleh; Unknown on

Program DNS JTMK PMS telah menghantar pasukan Netriders PMS 2014 ke Pertandingan CISCO Netriders Malaysia 2014 yang berlansung di TATI University College pada 10 Mei 2014 yang lalu.Kategori Instructor (NetExcellence), First Runner Up - Politeknik Muadzam Shah (Cik Norwahida Saamri)

Tahniah diucapkan sekali lagi.
Sila baca selanjutnyaTahniah! First Runner Up Pertandingan CISCO Netriders Malaysia 2014!

Tahniah ! Pasukan Pilihan PMS Juarai Kejohanan Sofbol Wanita Juasseh!

Ditulis oleh; Unknown on


Kejohanan Sofbol Wanita Terbuka Juasseh menjadi medan buat pasukan Pilihan Politeknik Muadzam Shah ( PMS ) merealisasikan visi mereka untuk menjadi salah sebuah pasukan elit dalam dunia sukan tersebut.
Sila baca selanjutnyaTahniah ! Pasukan Pilihan PMS Juarai Kejohanan Sofbol Wanita Juasseh!

FIRA Roboworld Cup Kuala Lumpur 2013 (Artikel Bergambar)!

Ditulis oleh; Unknown on


Politeknik Muadzam Shah merupakan antara institusi pengajian tinggi yang telah dijemput bagi menyertai FIRA Roboworld Cup Kuala Lumpur 2013. Pertandingan yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia itu, diadakan pada 21 hingga 30 Ogos 2013 bertempat di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, (PSA). Politeknik Muadzam Shah telah menghantar 4 pasukan untuk menyertai pertandingan ini dalam 3 kategori iaitu Merlin Cup (PMS TITAN), Simurosot (PMS PRIME & PMS MAVERICK) dan HuroCup (PMS AUTOMECH). Sehubungan itu, seramai 12 orang pelajar dan 6 orang pensyarah PMS terlibat sebagai pengurus pasukan, penasihat teknikal dan pensyarah pengiring.

Objektif pertandingan ini diadakan antara lain bertujuan untuk memupuk keupayaan bekerja secara berpasukan antara pelajar dan pensyarah disamping mampu mengembangkan daya kreativiti, inovasi dan daya pemikiran kritikal pelajar melalui pertandingan yang disertai. Selain itu, melalui pertandingan ini juga, diharapkan para pelajar mampu mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang pengaturcaraan dan kemahiran teknikal dalam pengendalian robot dan memupuk keupayan pelajar dalam kemahiran berkomunikasi, sosial, tanggungjawab dan profesional.



Kategori pertama yang dipertandingkan dalam pertandingan ini adalah Merlin Cup yang bermula pada 21 Ogos sehingga 24 Ogos 2013. Politeknik Muadzam Shah telah menghantar seramai 4 orang peserta (PMS TITAN) untuk menyertai pertandingan ini. Di dalam pertandingan Merlin Cup ini, PMS TITAN bertemu dengan 2 pasukan dari PSIS dan PSAS. Namun, nasib tidak menyebelahi PMS TITAN kerana mengalami masalah dari segi kerosakan teknikal dan aplikasi sewaktu pertandingan berlangsung. Walaubagaimanapun, pengalaman menghadapi perlawanan sebenar amat berharga dan sangat membantu dalam meningkatkan kemahiran dalam membuat troubleshooting.

Pada 27 Ogos (Isnin), semua pasukan dari pelbagai institusi yang mewakili negeri dan negara telah diberi masa sekali lagi untuk menyesuaikan keadaan dengan gelanggang perlawanan sebelum memulakan pertandingan pada hari seterusnya. Pertandingan yang berlangsung selama empat hari yang melibatkan kategori Simurosot (PMS PRIME & PMS MAVERICK) dan Kategori HuroCup (PMS AUTOMECH) telah memberi pelbagai impak positif kepada kesemua peserta yang terlibat. PMS AUTOMECH menyertai 4 subkategori yang dipertandingkan iaitu Penalty Kick, Sprint, Basketball dan Marathon.

Di dalam subkategori Penalty Kick, robot setiap pasukan dikehendaki menendang bola yang disediakan ke dalam kick-zone, kemudian mengelak dari melanggar hadangan yang diletakkan sebelum menendang bola masuk ke dalam gol.

Di dalam subkategori Sprint, robot perlu bergerak ke hadapan melepasi had jarak yang ditentukan sebelum perlu mengundur ke belakang kembali ke titik permulaan. Robot juga perlu memastikan dirinya tidak terkeluar dari trek sendiri kerana kesalahan tersebut akan dikenakan penalti. Robot PMS AUTOMECH hanya berjaya menghabiskan separuh pusingan sahaja kerana kurang stabil dan terjatuh ketika berjalan mengundur.


Bagi subkategori Basketball pula, robot perlu mencari bola, mengambil  dan menjaringkan bola tersebut. Robot PMS AUTOMECH hanya berjaya mencari dan mengambil bola tetapi mengalami kesukaran untuk menjaringkan bola tersebut kerana masalah permukaan yang licin, dan tidak dapat mengesan jaring.

Bagi subkategori Marathon pula menguji ketahanan robot dimana robot perlu berjalan sejauh 120 meter berpandukan garisan berwarna yang disediakan di dalam keadaan pencahayaan yang berubah-ubah. Pasukan PMS AUTOMECH tidak dapat meyudahkan marathon berikutan hujan lebat yang turun ketika giliran PMS.


Bagi Kategori HuroCup, walaupun pasukan PMS AUTOMECH tidak mendapat tempat dalam subkategori-subkategori yang telah dipertandingkan, mereka telah mendapat pelbagai manfaat dari segi perkongsian ilmu dan idea dari peserta-peserta lain untuk meningkatkan teknik dalam menguruskan robot untuk melakukan pegerakan dengan lebih baik dan stabil.

Pasukan PMS PRIME dan PMS MAVERICK juga telah menunjukkan prestasi yang baik di dalam perlawanan peringkat kumpulan kategori SIMUROSOT di mana pasukan PMS PRIME telah berjaya sehingga ke peringkat penentuan suku akhir, manakala PMS Maverick telah berjaya mara ke  suku akhir dengan pencapaian sebagai top 8 setelah kecundang di tangan pasukan dari Curtin Universiti Sarawak.


Selain daripada pendedahan terhadap pertandingan peringkat anatarbangsa, para pelajar juga dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan teknikal dengan pasukan negara luar. Di samping itu, pelajar juga mula sedar kepentingan penguasaan bahasa Inggeris apabila mereka perlu berkomunikasi dengan peserta negara luar. Diharapkan program seperti ini dapat menarik minat lebih ramai pelajar untuk menceburi bidang robotik seperti ini.

Pengirim:

Rafizah Binti Ab Rahman
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) DH44
Sila baca selanjutnyaFIRA Roboworld Cup Kuala Lumpur 2013 (Artikel Bergambar)!

PMS Lakar SEJARAH Ke Grand Finale Liga Futsal IPT 2013 - Tahniah!

Ditulis oleh; Unknown on



Pada 5 - 8 September 2013 yang lalu, bertempat di  Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berlangsung Kejohanan Liga Futsal IPT (Piala Menteri) peringkat suku akhir yang menyaksikan sebanyak 18 pasukan lelaki dan 9 pasukan wanita dari IPT Sarawak, Sabah dan Semenanjung berentap. 


Tahniah buat pasukan futsal Politeknik Muadzam Shah yang berjaya melakar sejarah layak ke Grand Finale yang akan diadakan di UIAM, Gombak nanti. Politeknik Muadzam Shah layak ke Grand Finale apabila menduduki tangga ke 10 dari 59 pasukan IPT seluruh Malaysia. Untuk itu, sebanyak 16 pasukan akan berentap pada final nanti yang akan dijadualkan pada 9 - 13 Oktober 2013. Tahniah buat pasukan Futsal Politeknik Muadzam Shah.

Sila baca selanjutnyaPMS Lakar SEJARAH Ke Grand Finale Liga Futsal IPT 2013 - Tahniah!

Tahniah! Pelajar Politeknik Muadzam Shah Hadir Dengan Aplikasi E-Tajwid Untuk Android!

Ditulis oleh; Unknown on


Alhamdulillah dan tahniah buat para pelajar Politeknik Muadzam Shah apabila berjaya mencipta aplikasi E-Tajwid untuk pengguna Android. Melalui penciptaan aplikasi E-Tajwid ini sekaligus membuktikan kemampuan Politeknik Muadzam Shah untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing dan mampu mencipta aplikasi yang setanding dengan pembangun aplikasi tempatan dan luar negara.


Hari ini, boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satu yang terkini daripada pelajar tahun akhir Polteknik Muadzam Shah adalah aplikasi E-Tajwid untuk para pengguna Android.


Melalui aplikasi E-Tajwid untuk Android ini, ia menawarkan beberapa maklumat berkenaan penggunaan Tajwid, dimana selain penerangan dalam bentuk teks, ia turut menawarkan dalam bentuk audio. Namun, ketika ujian kami, kami menghadapi sedikit masalah semasa ingin mengakses versi audionya.

Pembangunnya juga mengatakan aplikasi ini telah disemak oleh Jabatan Pengajian Am di polteknik berkenaan, selain memenangi Hari Inovasi Polteknik Muadzam Shah. Pada masa yang sama, pembangunnya juga turut sama membuka peluang kepada pembangun aplikasi di platform lain, dalam bekerjasama dan membawakan aplikasi tersebut ke pelbagai platform berbeza.

Buat masa ini, aplikasi ini masih belum diterbitkan di Google Play Store, dan memerlukan pengguna untuk memuat-turun aplikasi ini dalam bentuk APK, dan memasangnya pada peranti Android anda.

Muat Turun: Fail APK Untuk E-Tajwid

*Review di atas adalah dari berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh Amanz.My
Sila baca selanjutnyaTahniah! Pelajar Politeknik Muadzam Shah Hadir Dengan Aplikasi E-Tajwid Untuk Android!

PMS di Harian Metro Hari Ini!

Ditulis oleh; Unknown on


Assalammu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sudah agak lama tidak mengemaskini data dan artikel baru blog PMS ini. Sibuk dengan pelbagai aktiviti menyebabkan blog ini tidak dapat dikemaskini. Namun begitu, blog ini akan kembali aktif bermula hari ini. InsyaAllah.

Alhamdulillah selepas beberapa ketika, Politeknik Muadzam Shah kini sudah mula dikenali. Selain sering diketengahkan dalam ruangan media massa dengan pelbagai artikel dan pendedahan kepada dunia luar, Politeknik Muadzam Shah (PMS) sekali lagi muncul dalam satu ruangan di Harian Metro pada hari ini. Pada kali ini artikel yang membawa tajuk Jentera PMS Ke-5 Terbaik memasuki ruangan media tempatan.

Tahniah diucapkan.
Sila baca selanjutnyaPMS di Harian Metro Hari Ini!

Majlis Perasminan Penutup MSP & MOU Bersama UNITEN!

Ditulis oleh; Unknown on


Turut serta memriahkan majlis ialah Y. Brs Mejar (K) Haji Md Nor Bin Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik merangkap Penaung Majlis Sukan Politeknik.

Sebanyak  25 kontigen dari Politeknik seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam 20 acara yang dipertandingkan. Tahniah kepada kontigen Politeknik Ungku Omar (PUO) yang dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan yang berjaya merangkul 21 emas 11 perak dan 3 gangsa. Kedudukan pingat adalah seperti berikut:

Bil
Politeknik
Emas
Perak
Gangsa
Total
1 PUO
21
11
3
35
2 PMK
4
1
1
6
3 PSAS
2
4
8
14
4 PKS
2
2
1
5
5 PKK
1
9
2
12
6 PTSS
1
3
2
6
7 PSA
1

1
2
8 PSP
1

1
2
9 PMU
1


1
10 PMM

2
5
7
11 PSIS

1
1
2
12 PTSB

1

1
13 PSS


3
3
14 PIS


2
2
15 PMJ


1
1
16 POLISAS


1
1
17 PMKU


1
1
18 PSMZA


1
1

TAHNIAH diucapkan kepada semua kontigen yang mengambil bahagian dan menunjukkan semangat kesukanan dan kerjasama dalam menjayakan karnival ini.  Pelajar PUO, saudara Pang Li Chong telah dinobatkan sebagai Olahragawan di atas kejayaannya merangkul tiga (3) emas dan memecah dua rekod SUKMA.  Sementara  saudari Nurul Huda Ahmad Faizal yang memenangi lima (5) emas telah dinobatkan sebagai Olahragawati Karnival Sukan Olahraga MSP kali ke 14.

Adalah diharapkan atlet-atlet yang dilahirkan menerusi kejohanan ini dapat meneruskan kejayaan dalam pertandingan SUKIPT  dan menjulang nama Politeknik Malaysia dipersada dunia.

Majulah Sukan Untuk Negara.

Artikel bertarikh: 2 Oktober 2012
Sila baca selanjutnyaMajlis Perasminan Penutup MSP & MOU Bersama UNITEN!

Tiga Politeknik Premier Jadi Universiti Politeknik 2015!

Ditulis oleh; Unknown on

Program perintis telah dilaksanakan di Politeknik Ungku Omar dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain seperti Universiti Teknologi Mara dan kumpulan pertama akan menerima ijazah bersama pada konvokesyen politeknik itu bulan ini.

"Saya harap ini akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar politeknik untuk terus menyambung pelajaran di peringkat ijazah di dalam politeknik sendiri," katanya pada sidang media selepas merasmikan konvokesyen ke-12 Politeknik Seberang Perai, di sini, Sabtu.

Ab Rahim berkata penubuhan universiti politeknik di bawah Agenda Transformasi Politeknik itu diyakini mampu membina upaya politeknik untuk membangunkan sumber manusia yang memenuhi keperluan model baru ekonomi yang berasaskan inovasi dan kreativiti.

Mengulas mengenai portal alumni institusi tersebut yang dilancarkannya sebelum itu, beliau berkata portal berkenaan adalah platform terbaik untuk mengumpul alumni yang telah berjaya. Dengan adanya portal ini, alumni boleh menjadi mentor kepada mahasiswa yang baharu menempuh alam universiti selain berkongsi pengalaman mengenai alam pekerjaan dengan graduan yang baharu menamatkan pengajian, katanya.

"Memang kita ketahui kalau gerakan alumni di seluruh institusi pengajian tinggi dilaksanakan dengan berkesan, setiap institusi sama ada IPTA, IPTS malah politeknik, kolej komuniti akan menjadi institusi yang begitu gemilang di masa hadapan," katanya.

Beliau berkata setakat ini sebanyak 22,000 alumni politeknik telah mendaftar di portal alumni dan usaha menjejaki yang lain sedang dijalankan. Pada konvokesyen kali ini 3,078 pelajar akan menerima diploma dan sijil masing-masing pada istiadat yang berlangsung selama tiga hari itu.
Sila baca selanjutnyaTiga Politeknik Premier Jadi Universiti Politeknik 2015!

Pertandingan Formula Varsity Anjuran UTEM!

Ditulis oleh; Unknown on

Sekitar pertandingan Formula Varsity Anjuran UTEM yang diwakili Team PMS dan mendapat tempat ke-5. Tahniah Team PMS!

Sila baca selanjutnyaPertandingan Formula Varsity Anjuran UTEM!

PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Ditulis oleh; Unknown on


Politeknik Muadzam Shah (PMS), Pahang  buat julung kalinya telah menyertai pertandingan Formula Varsity anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang telah berlangsung pada 12 hingga 14 Oktober 2012 yang lalu di Melaka International Motorsport Circuit (MIMC). Politeknik Muadzam Shah (PMS) telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan dari pelbagai IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia. Jika di kategorikan dalam kumpulan Politeknik Malaysia, Politeknik Muadzam Shah (PMS) berada di tempat yang ke-2 selepas Politeknik Seberang Perai. Kejayaan yang diraih ini semuanya bermula dari bulan Mei 2012, terdiri daripada 10 orang pelajar dan di bantu oleh 8 orang pensyarah yang mahir dalam pelbagai bidang dan dikenali sebagai PMS AutoMech Racing Team. Antara pensyarah yang terlibat adalah En. Razis bin Othman, En. Khairul Amin bin Barkawi, En. Mohd Faizal bin Ngaimon, En. Mohd Rizal Azman bin Riffin, En. Mohd Nazruddin bin Mohd Nizam, En. Mohd Shazwan bin Dahlan, Pn. Fathiah bin Mohamamed Jamil dan Pn. Siti Hanis-Syazana binti Mohamad sebagai pengurus pasukan.

Pemilihan  pelajar  telah  dibuat  melalui  temuduga  terbuka  dikalangan  pelajar Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Muadzam Shah yang berminat dengan dunia permotoran. Jawatan-jawatan yang dibuka adalah Designer, Fabricator, Fitter, Foreman dan Technician. Kriteria-kriteria pelajar yang diperlukan bagi mengisi jawatan-jawatan tersebut telah diuji berdasarkan pengetahuan am berkenaan dengan automotif, mekanikal, penyelesaian masalah dan juga pengalaman pelajar. Untuk makluman semua, 10 orang pelajar terbabit yang berjaya dalam  sesi temuduga ini terdiri dari pelajar semester 2, iaitu pelajar senior pada ketika itu. Kini 10 orang pelajar ini berada di semester 3 dan telah berjaya menghasilkan sebuah jentera untuk menghadapi perlumbaan yang mana pensyarah terlibat telah membantu dari segi kemahiran, mengeluarkan idea, tunjuk ajar dan sokongan kepada pelajar bagi menghasilkan jentera buatan tangan pertama atau Handmade Racing Car dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah (PMS).

Untuk pertama kalinya PMS AutoMech Racing Team menyertai sukan permotoran yang amat dikenali dan dinanti-nantikan oleh setiap institusi ini, pelbagai rintangan serta kekurangan yang dihadapi tetapi jentera ini berjaya dihasilkan dengan bangganya oleh setiap pelajar dan pensyarah. Kekangan masa dan masalah-masalah yang dihadapi terutamanya ketika hendak melatih pemandu tidak melunturkan semangat Mohamad Taufiq bin Md. Osman Ani dan Muhammad Hilmi bin Rosman dari terus mara. Kejayaan ini membuktikan bahawa segala kekurangan yang ade bukan menjadi penghalang malah ini mematangkan lagi seluruh pasukan PMS AutoMech Racing.

PMS AutoMech Racing Team tidak akan dapat mencapai kejayaan seperti ini tanpa adanya sokongan dari semua pihak yang terus menyokong terutamanya Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Hajah Norlida binti Abd Razak. Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan bantuan dan sokongan dari pelbagai segi. PMS AutoMech Racing akan terus mara kehadapan untuk menambahbaik, belajar dan terus bergiat dalam sukan permotoran untuk menaikkan nama Politeknik Muadzam Shah (PMS) di masa hadapan, In Shaa Allah.

Disediakan oleh;
Siti Hanis-Syazana binti Mohamad

Laporan lanjut DI SINI: Laporan - PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Sila baca selanjutnyaPMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!