Pertandingan Merekabentuk Jubah dan Cokmar Konvokesyen PMS!

Ditulis oleh; Politeknik Muadzam Shah on



Berita baik buat semua warga PMS yang mempunyai bakat dan kemahiran rekacipta, rekabentuk, lukisan ataupun seni visual, PMS mengajak anda semua untuk menyertai Pertandingan Merekabentuk Jubah dan Cokmar Konvokesyen PMS. Difahamkan, hasil daripada rekaan ini bakal direalisasikan dan akan digunakan pada Majlis Konvokesyen PMS kali ke 8 kelak.

Pertandingan yang julung kali diadakan ini, terbuka kepada SEMUA STAF DAN PELAJAR di Politeknik Muadzam Shah. Sehubungan dengan itu, pertandingan ini juga diharap mampu meningkatkan daya pemikiran dan kreativiti para peserta untuk menghasilkan produk yang berkualiti seiring dengan Dasar Industri Kreatif Negara. Melaluinya juga, diharapkan ianya mampu mengetengahkan produk berkualiti yang melambangkan keunikan tersendiri Politeknik Muadzam Shah.

Untuk makluman semua, pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori:   
  1. Kategori A: Merekabentuk Jubah (bagi VVIP, VIP, KJ, KP termasuk Mortar Board & Graduan tanpa Mortar Board)
  2. Kategori B: Merekabentuk Cokmar dan Pemegang
Dengan ini dipohon agar pihak tuan/puan dapat MERUJUK LAMPIRAN melalui e-mel yang mengandungi:
  1. Poster Promosi Pertandingan
  2. Borang Penyertaan Pertandingan (LINK) atau (LINK)
  3. Syarat  Penyertaan Pertandingan (LINK) atau (LINK)
**Para pelajar & Kakitangan juga boleh dapatkan borang penyertaan dan syarat pertandingan melalui Portal Rasmi PMS dan E-MAIL PMS

Mengenai Penulis:

Azri Abd. Rajid mula terlibat dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007. Beliau sebenarnya berasal dari Keningau, Sabah dan kini menabur bakti di Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Twitter | Facebook

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment