Sekitar Majlis Konvokesyen PMS Kali Ke-7 (Artikel Bergambar)

Ditulis oleh; Unknown on

Assalammu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Alhamdulillah berakhir sudah Majlis Konvokesyen Politeknik Muadzam Shah Kali Ke-7. Tanggal 9 April 2013, PMS sekali lagi melakar sejarah apabila seramai 317 orang graduan menerima sijil dan diploma mereka.

YBhg. Tn. Hj. Kamaruddin menyampaikan ucapan perasmian

Istiadat Konvokesyen Kali Ke-7 ini telah dirasmikan oleh YBhg Tn. Hj. Kamaruddin bin Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Turut sama hadir pada majlis Istiadat Konvokesyen ini adalah Pengarah-pengarah Politeknik, Pengarah-pengarah Kolej Komuniti, Wakil-wakil Jabatan Persekutuan dan Negeri dan Wakil-wakil Agensi.


Selain menyampaikan Sijil dan Diploma kepada semua graduan, YBhg Tn. Hj. Kamaruddin bin Hamzah juga menyempurnakan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Ko-Kurikulum serta Anugerah Pengarah Politeknik. Berikut merupakan penerima bagi kedua-dua kategori.


Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Ko-Kurikulum
  1. Rismaizal bin Mohd Zihar
    Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
    Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
     
  2. Nurul Aisyah Atikah binti S. Sazali
    Diploma Pengajian Perniagaan (Pengurusan)
    Jabatan Perdagangan
     
  3. Poobharathii A/L Balakrishnan
    Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
    Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Penerima anugerah mengambil gambar kenang-kenangan bersama
YBhg. Tn. Hj. Kamaruddin

Anugerah Pengarah Politeknik
  1. Rismaizal bin Mohd Zihar
    Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
    Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
     
  2. Poobharathii A/L Balakrishnan
    Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
    Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Ketika melawat Galeri PMS

Sebaik sahaja perarakan keluar dewan diumumkan, YBhg Tn. Hj. Kamaruddin kemudiannya dibawa melawat Galeri PMS dan tapak pameran dan jualan seterusnya mengakhiri lawatan dengan melawat infrastruktur PMS.

Alhamdulillah, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua AJK dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-7 ini. Semoga segala usaha kita dpandang sebagai amal kebajikan disisiNya. Tahniah diucapkan!

#Paling menarik, pengacara majlis kali ni 6 orang okeh.."Wolverine Bersongkok" (pelakon X-Men) pun ada.. 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment