FAQ Politik Penjawat Awam - Boleh atau Tidak Boleh?

Ditulis oleh; Unknown on

Assalammu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
 
Kali ini saya ingin kongsikan satu artikel yang sebenarnya telah pun dikongsikan oleh En. Sulaiman bin Abdul Kadir, Timbalan Pengarah PMS melalui e-mailnya kepada semua staff PMS. Artikel berkenaan adalah mengenai FAQ Politik Penjawat Awam. Artikel ataupun dokumen berkenaan boleh didapati melalui e-mail PMS ataupun terus ke alamat Laman Web JPA atau DOWNLOAD FILE INI.

Beberapa perkara haruslah diambil kira oleh penjawat awam yang ingin melibatkan diri dalam bidang politik. Antaranya:-

Peraturan yang berkuat kuasa

1)Peraturan 21(1), P.U.(A)395/1993: Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan & Profesional dilarang mengambil bahagian di dalam politik. Pegawai tidak boleh:  
  1. Memakai lambang parti politik; Memberi pandangan yang berat sebelah atas perkara yang menjadi isu parti politik;
  2. Menerbitkan atau mengedar buku, makalah atau risalah parti politik;
  3. Merayu undi;
  4. Menjadi ejen pilihanraya;
  5. Bertanding apa-apa jawatan parti politik; dan
  6. Memegang jawatan di dalam parti politik.
2)Peraturan 21(2), P.U.(A)395/1993: Pegawai Kumpulan Pelaksana (Sokongan) boleh bertanding / memegang jawatan dalam parti politik setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada:
  1. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam - pegawai gunasama* 
  2. Ketua Setiausaha  Kementerian - pegawai bukan gunasama

    - Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1996
*Perkhidmatan Gunasama Persekutuan ialah perkhidmatan yang Ketua Perkhidmatannya ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

3)Peraturan 21(2A), P.U.(A)395/1993: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48, selain Pengetua atau

Guru Besar di institusi pendidikan* dan pegawai yang memegang jawatan pentadbiran, boleh bertanding / memegang jawatan / dilantik ke dalam jawatan parti politik setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.
 
-   Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2010
* Institusi pendidikan bermaksud sekolah, Institut Pendidikan Guru (IPG), English Language Teaching Centre (ELTC), kolej matrikulasi dan Institut Aminuddin Baki (IAB) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

**Sila rujuk e-mail atau download FAQ Politik Penjawat Awam untuk maklumat penuh.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment