Pertandingan Teka Jumlah Buku Anjuran Unit Perpustakaan!

Ditulis oleh; Unknown on


Bermula pada 11-15 Mac 2013, Unit Perpustakaan akan mengadakan Pertandingan Teka Jumlah Buku. Pertandingan tersebut terbuka kepada semua staf dan pelajar Politeknik Muadzam Shah yang menjadi ahli perpustakaan sahaja.

Kepada yang berminat, anda bolehlah datang ke Kaunter Perpustakaan PMS untuk mendapatkan borang penyertaan. Anda boleh berhubung terus kepada petugas kaunter jika terdapat sebarang kemusykilan berkenaan dengan pertandingan tersebut. 


Berikut merupakan syarat-syarat pertandingan:-
  • Terbuka kepada semua staf/pelajar Politeknik Muadzam Shah yang menjadi ahli perpustakaan.
  • Satu (1) penyertaan sahaja dibenarkan bagi setiap peserta.
  • Borang penyertaan adalah terhad.
  • Keputusan pertandingan adalah muktamad.     

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment