Politeknik Ibrahim Sultan Memperlihatkan Mesin Semi-Auto Untuk Melipat Karipap

Ditulis oleh; Politeknik Muadzam Shah on

Terdapat beberapa mesin yang dibangunkan pelajar Politeknik, dan kini Politeknik Ibrahim Sultan memperlihatkan salah satu produk mereka, dinamakan sebagai “Semi Auto Curry Puff Folder Machine.



Melalui produk mereka yang dipertontonkan pada Malaysia Technology Expo 2013 ini, mesin ini mempermudahkan para penjual untuk melipat karipap dengan lebih pantas, dimana pada sesuatu masa, sebanyak 10 karipap boleh dilipat secara serentak.

Buat masa ini, mesin ini masih pada peringkat pembangunan, dan mungkin akan siap sepenuhnya dalam masa beberapa bulan lagi.

Mengenai Penulis:

Azri Abd. Rajid mula terlibat dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007. Beliau sebenarnya berasal dari Keningau, Sabah dan kini menabur bakti di Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Twitter | Facebook

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment