Selamat Datang Kepada Pelajar-Pelajar Baru Sesi Disember 2012!

Ditulis oleh; Unknown on

Pertamanya, saya bagi pihak seluruh warga Politeknik Muadzam Shah mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar-pelajar baru sesi Disember 2012. Tahniah dan syabas kerana terpilih untuk melanjutkan pengajian ke Politeknik Muadzam Shah.

Sedikit peringatan kepada semua bakal-bakal pelajar yang akan mula mendaftar tidak lama lagi agar membuat semakan terhadap borang-borang serta dokumen-dokumen yang diperlukan pada hari pendaftaran itu nanti. Pelajar juga dinasihatkan untuk mematuhi kod etika pemakaian dan disiplin sepanjang hari pendaftaran bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Segala kerjasama anda sudah pasti akan menyumbang kepada kelancaran pada hari pendaftaran kelak.

Akhir kalam, pihak Politeknik Muadzam Shah mengalu-alukan kedatangan anda dan gunakanlah kesempatan ini untuk menimba seberapa banyak ilmu demi mencapai cita-cita dan impian terutama dari pihak keluarga dan hargai jasa serta pengorbanan mereka.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai pendaftaran pelajar, sila ke link ini: Makluman Buat Pelajar Baru Sesi Disember 2012!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment