Makluman Program Minggu Suaikenal Pelajar Baru Sesi Disember 2012 dan Gotong-Royong Perdana PMS!

Ditulis oleh; Unknown on

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus hidup sehari lagi oleh Allah SWT. Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya dapat sama-sama kita bertemu lagi dalam lembaran dan episod baru Blog PMS.

Sukacita dimaklumkan bahawa, Politeknik Muadzam Shah akan menerima pelajar baru bagi kemasukan sesi Disember 2012 seperti ketetapan berikut :-
  • Tarikh Pendaftaran Asrama Pelajar Baru: 9/12/2012 (Ahad)
  • Tarikh Pendaftaran Pengajian Pelajar Baru:: 10/12/2012 (Isnin) di Dewan Besar
  • Tarikh Pendaftaran Pelajar Senior: 12/12/2012 (Rabu) di Jabatan
  • Tarikh Minggu SuaiKenal Pelajar Baru: 10 - 14/12/2012 (Isnin - Jumaat)
Sehubungan dengan itu, *dilampirkan tentatif program MSK untuk rujukan dan jadual gotong-royong perdana yang akan diadakan pada 14/12/2012 pada jam 8.30 pagi - 12.15 t/hari. Sila rujuk edaran memo dan jadual pelaksanaan pembahagian kawasan dan kumpulan yang terlibat. Semua staf adalah dibenarkan berpakaian riadah sepanjang program gotong-royong. Pelajar-pelajar adalah terlibat dan akan dibahagikan mengikut kumpulan dan kawasan.

Untuk makluman kepada ketua bagi setiap kawasan/ tempat, pengambilan alatan seperti penyapu, plastik sampah dan sebagainya boleh diambil pada 13/12/2012 di Unit Hal Ehwal Pelajar jam 8.00 pg - 12.30 t/hari.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan dalam memastikan program tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar adalah dihargai dan diucapkan terima kasih.

*Tentatif telah dihantar ke setiap e-mel kakitangan PMS, sila rujuk e-mel anda.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment