Rangka Tindakan Kebolehpasaran Siswazah Dilancar!

Ditulis oleh; Politeknik Muadzam Shah on


Kerajaan melancarkan Graduate Employability Blueprint 2012-2017 (Rangka Tindakan Kebolehpasaran Siswazah) bagi menangani isu tenaga kerja mahir dan profesional negara.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pelan itu menggariskan empat intipati membabitkan sistem pengajian yang berupaya melahirkan modal insan berkualiti; berdaya saing secara global dan memenuhi keperluan negara; dan mampu menyediakan peluang kerjaya impian kepada siswazah.

Pelan itu juga akan memastikan wujud satu kurikulum yang mampu melahirkan individu yang bukan hanya pakar dalam ilmu pengetahuan tetapi juga berkualiti serta mempunyai sifat yang diperlukan dalam bidang pekerjaan, katanya ketika berucap melancarkan pelan itu, di sini.

Menurut Mohamed Khaled, pelan itu juga bertujuan mewujudkan sistem pengajian yang dapat bertindak secara berkesan terhadap perubahan ekonomi dan peluang pekerjaan di negara ini. Katanya sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan rangka tindakan itu.

Mengenai Penulis:

Azri Abd. Rajid mula terlibat dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007. Beliau sebenarnya berasal dari Keningau, Sabah dan kini menabur bakti di Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Twitter | Facebook

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment