Assalamu'alaikum, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia,
Untuk
makluman pemilik kuartez PMS, mulai awal minggu ini (29/10/12)
kerja-kerja menyenggara kuartes kediaman dan warden telah mula
dilaksanakan. Namun, kerja menyenggara tersebut tidak merangkumi
kerja waterproofing (menghalang kebocoran di celah dinding,
lantai dll.) disebabkan oleh tempoh masa & kos pembaikian yang
tinggi. Pembaikian dilakukan berdasarkan aduan yang diisi didalam
'Borang Khas Kerosakan Kuartez'.
Sehubungan
dengan itu, mohon kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk memberi
kerjasama kepada kontraktor pembaiki untuk masuk ke rumah dan membaiki
kerosakan tersebut. Untuk makluman tuan/puan
juga, kerja pembaikian tersebut harus disiapkan dalam bulan November 2012
dan sekiranya masih terdapat pembaikian yang gagal dilaksanakan (kerana gagal mendapat izin penghuni), kerja tersebut akan ditangguhkan
dan akan dilaksanakan pada tahun hadapan
(Feb 2013).
Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian.
Budi Iskandar Bin Ibrahim
Email bertarikh: 31 October 2012
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment