Assalammu'alaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk makluman, pihak sekolah Ibn Khaldun ingin memohon perhatian
Tuan/Puan untuk menghulurkan sumbangan derma bagi pembinaan sekolah baru
Ibn Khaldun. Pihak sekolah tidak mampu untuk mengumpul kos yang besar
ini tanpa bantuan dari tuan/puan.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon kemurahan hati dan belas ehsan agar sumbangan berterusan kepada sekolah ini.
Tuan/puan bolehlah menyalurkan sumbangan menerusi Pengerusi PKPMS En Mohd. Shahril
dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal atau boleh terus dimasukkan ke akaun atas nama
PEMBANGUNAN SEKOLAH IBN KHALDUN (Bank Islam: 12010010029602).
Terima kasih
Email bertarikh: 1 November 2012
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment