Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan PMS 2012!

Ditulis oleh; Unknown on

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera

Tuan/puan

Sukacita dimaklumkan bahawa Pegawai Pemeriksa Aset KPT akan menjalankan pemeriksaan aset di PMS pada 5 hingga 7 Disember 2012.

Sehubungan itu, kerjasama tuan/puan warga PMS dipohon untuk memastikan semua aset kerajaan di bawah jagaan tuan/puan berada dalam keadaan baik dan sempurna daripada aspek pendaftaran aset, label dan dokumen-dokumen yang berkaitan.

Tuan/puan juga dipohon untuk memberi kerjasama kepada Pegawai Pemeriksa Aset KPT semasa proses pemeriksaan tersebut dijalankan.

Bersama-sama ini disertakan surat makluman daripada KPT berhubung pemeriksaan aset tersebut.

Sekian, terima kasih.

Nota: Kepada semua Penyelaras Aset Jab/Unit, tuan/puan dijemput hadir ke Mesyuarat Unit Pengurusan Aset PMS pada 30 November 2012 (Jumaat) jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama-rujuk memo edaran.


Muhammad Rafie B. Hamzah
*Email Bertarikh:28 November 2012
*Sila rujuk e-mail anda untuk mendapatkan Surat Makluman KPT. 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment