Keputusan Pemenang Pertandingan Kuiz Galakan Membaca (Kategori Staf)

Ditulis oleh; Unknown on

Assalammu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Wa Maghfiratuh Wa Ridwanuh..

Alhamdulillah senarai pemenang bagi Pertandingan Kuiz Galakan Membaca Kategori Staf telah pun dikeluarkan. Teka-teki siapa pemenang bagi pertandingan ini juga telah diketahui. Ternyata En. Mohd. Zainal bin Mat Il merupakan pemenang bagi pertandingan kali ini. Beliau memecahkan tradisi yang selama ini dipegang oleh pemenang dari kalangan staf wanita yang juga merupakan pemegang rekod 2 kali sebelum ini.

Rentetan daripada kemenangan itu, pihak Perpustakaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta Pertandingan Kuiz Galakan Membaca dan tahniah kepada pemenang kuiz bagi kategori staf. Semoga dengan kemenangan itu akan mampu menarik lebih ramai lagi staf untuk menyertai pertandingan kuiz ini.

Berikut merupakan keputusan rasmi Pertandingan Kuiz Galakan Membaca (Kategori Staf)

JOHAN - Mohd. Zainal bin Mat Il
NAIB JOHAN - Yazid bin Yahya (Sila baca luahan hati Yazid selepas meraih Naib Johan)
TEMPAT KETIGA - Normazita binti Abd Rahman

SAGUHATI 1 - Jamaliah binti Mohd. Jamil
SAGUHATI 2 - Nor Ain binti Md Amin
SAGUHATI 3 - Norma binti Md Nawi

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua pemenang. Tahun depan hadiah "sejibik" Proton Preve yer..huhu..(ayat tak formal)..

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment