Keputusan Pemenang Pertandingan Kuiz Galakan Membaca (Kategori Pelajar)

Ditulis oleh; Unknown on

Sempena dengan Program Galakan Membaca 2012, Perpustakaan Politeknik Muadzam Shah telah menganjurkan Pertandingan Kuiz. Pertandingan yang telah diadakan pada 8-19 Oktober 2012 antara lain bertujuan untuk mempromosikan Perpustakaan Politeknik Muadzam Shah kepada warga PMS.

Pertandingan Kuiz ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu pelajar dan kakitangan PMS. Sepanjang tempoh pertandingan tersebut, pihak penganjur begitu berpuashati dengan jumlah penyertaan yang begitu membanggakan. Pada 7 November 2012 (3PM), bertempat di Perpustakaan Politeknik Muadzam Shah telah mengadakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Kuiz Galakan Membaca bagi ketegori pelajar.

Upacara penyampaian itu telah disempurnakan oleh Cik Norhafida binti Darus (Pustakawan). Berikut merupakan senarai Pemenang Pertandingan Kuiz Galakan Membaca 2012 bagi kategori pelajar.

JOHAN - Nabilah binti Asri (19DPM12F1061)
NAIB JOHAN - Nurul Nasuha binti Isa (19DPM10F1001)
TEMPAT KETIGA - Najwa Izzati binti Mohamed (19DPM10F1018)

SAGUHATI - Ainatul Mardhiah binti Azmi (19DPM11F1031)
SAGUHATI - Roshalieza binti Rosdi (19DRP11F2001)
SAGUHATI - Fatin Aadila binti Ismail (19DRP11F2002)

Tahniah buat semua pemenang dan sebagai makluman keputusan Pertandingan Kuiz Galakan Membaca 2012 bagi kategori kakitangan pula akan diumumkan pada perhimpunan bulanan 29 November 2012 (Khamis).

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment