Program Memodenisasikan Komuniti Orang Asli Rompin (MEKAR 2013)!

Ditulis oleh; Unknown on



Institusi Pengajian Tinggi seperti politeknik merupakan wadah utama dalam melahirkan modal insan berintelektual tinggi dan berkemahiran dalam bidang teknologi. Pun demikian, penggarapan ke arah visi tersebut tidak pernah mengesampingkan aspek keagamaan dan kerohanian serta kesukarelawan. Begitulah senarionya dengan apa yang dilaksanakan oleh Politeknik Muadzam Shah(PMS), Pahang.

 Acara Menyumpit

Aktiviti Melukis dan Mewarna

Politeknik Muadzam Shah, Jabatan Pengajian Politeknik(JPP) dan Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Program Berkala Kementerian Pendidikan Malaysia “Memodenisasikan Komuniti Orang Asli Rompin” atau lebih dikenali sebagai MEKAR 2013 dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta Jabatan Penerangan Pahang di Perkampungan Masyarakat Orang Asli Kedaik, Rompin pada 19 – 22 September 2013.

 Belajar Servis Kereta Percuma

 "Booth" Agensi Kerajaan

Program Gotong-royong

Tujuan utama MEKAR 2013 adalah perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan komuniti yang dipilih iaitu Komuniti Orang Asli Rompin dan mewujudkan semangat kesukarelawanan di dalam diri peserta yang terdiri daripada pelajar Politeknik Muadzam Shah (PMS), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Politeknik Metro Kuantan, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dan Kolej Komuniti Rompin.

 Kelas Komputer

Klinik Bolasepak

Selain itu, Mekar 2013 juga bermatlamatkan ‘Entrepreneurship’: Membantu membangunkan sumber ekonomi masyarakat orang asli melalui program keusahawanan. ‘Safety and Health’: Membantu meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan kepada masyarakat orang asli. Kesinambungan kolaborasi antara Politeknik, masyarakat orang asli, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan agensi-agensi setempat. Mempromosi Politeknik dan Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta sebagai sebuah institusi pengajian tinggi pilihan utama bagi masyarakat setempat khususnya masyarakat orang asli. Memupuk semangat kesukarelawan pelajar sejajar dengan matlamat IM4U dan YES Politeknik (Politeknik Kasih).

 Malam Kebudayaan "Pentarama" (Jabatan Penerangan)

 Ybhg. Dato’ Hj. Mashruddin Bin Jarkasi Menyerahkan Topi Keledar Sumbangan JKJR

Rawatan Pergigian Percuma

Menurut Pengarah Program Mekar 2013, Encik Mohd Isa Abdul Rahim, "Antara aktiviti menarik yang dijalankan bersama masyarakat Orang Asli Kedaik ialah Belajar servis kenderaan, kelas komputer, aktiviti mewarna, gotong royong, sukaneka dan Malam kebudayaan Pentarama yang dibawakan oleh Jabatan Penerangan. Selain itu tidak ketinggalan Klinik Bola Sepak, Padang ini Padang Kita, Rawatan Kesihatan, Kempen Pencegahan daripada JKJR dan Bomba serta banyak lagi acara menarik dijalankan demi memodenisasikan masyarakat Kedaik."

Transformasi Kedai Runcit

 Pengarah melawat "booth" UNITEN

Warga Perkampungan Kedaik Mendengar Ceramah

Kemuncak MEKAR 2013 ialah Majlis Perasmian Penutup yang diadakan pada 22 September 2013 di Padang Awam, Perkampungan Masyarakat Kedaik, Rompin yang akan dirasmikan oleh Ybhg. Dato’ Hj. Mashruddin Bin Jarkasi, mewakili YB. Dato’ Sri Dr. Hj. Jamaludin Bin Dato’ Mohd. Jarjis, Ahli Parlimen Rompin merangkap Penasihat Khas Kepada Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Hadir sama Ketua Pengarah JAKOA Malaysia, Dato' Hj. Mohd Sani bin Mistam dan En. Shabudin Bin Man, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), JPP.

  Penyampaian Cenderamata

 Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah

 Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah

Majlis Gimik Perasmian

Di pihak Politeknik Muadzam Shah dan agensi-agensi yang terlibat, MEKAR 2013 ini diharap akan menjadi satu platform menyalurkan pengetahuan dan kemahiran kepada Komuniti Orang Asli Rompin bagi menjayakan hasrat untuk meningkatkan kualiti hidup.

 
AJK dan SUKARELAWAN MEKAR 2013
 
Menurut Pengarah Politeknik Muadzam Shah, En. Wan Muhammad Afifi bin Wan Abdullah, MEKAR 2013 yang merupakan program kemasyarakatan berkala selama empat tahun ini akan diteruskan dengan penambahbaikan agar ia dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Pelbagai program lanjutan akan dirancang selepas ini sebagai langkah melestarikan kolaborasi yang telah dilaksanakan.

Pengirim

Nama : Mohd Rizal Azman Rifin
Jawatan: Pensyarah
Jabatan : Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment