Klik Gambar Untuk Saiz Yang Lebih Besar
Untuk makluman semua, sempena sidang konvokesyen PMS yang akan berlangsung pada 9 April 2013, satu aliran trafik khas telah direncanakan untuk melancarkan aliran trafik kenderaan pada sebelum, semasa dan selepas acara dilaksanakan. Berikut adalah ringkasan aliran trafik yang akan dilaksanakan :
- Zon Sehala akan diwujudkan untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas pada hari kejadian. (Telah ditandakan dalam Plan Aliran Trafik)
- Jalan & Lorong kecil akan ditutup dengan kon & rantai
- Kawasan parkir di blok JKM, akan dijadikan parkir utama untuk ibu bapa dan pelawat.
- Tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di tepi jalan terutamanya didalam Zon Sehala.
- Lorong diantara Dewan Besar dan Blok JKM akan ditutup kepada semua kenderaan kecuali awal pagi (sebelum 8.15pagi) (diwarnakan MERAH dalam Plan Aliran Trafik)
Untuk makluman juga, jawatankuasa lalulintas akan meronda dan mengawal lalulintas sepanjang hari kejadian. Kenderaan yang didapati engkar arahan dan menjadi penyebab kesesakan lalulintas akan diberikan 'BAUCER SAMAN' bernilai RM75.00. Gambar kenderaan tersebut juga akan diambil sebagai bahan bukti untuk tindakan selanjutnya. Oleh itu, besarlah harapan jawatankuasa lalulintas konvokesyen supaya semua pihak mematuhi arahan sementara ini demi untuk kesejahteraan dan kelancaran hari besar tersebut.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment