Pelajar Politeknik Muadzam Shah Dekati Orang Asli!

Ditulis oleh; Unknown on


POLITEKNIK Muadzam Shah (PMS), Pahang dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Unit Asrama PMS, menganjurkan program Bakti Siswa (Probasis), baru-baru ini.

Berlokasi di perkampungan masyarakat Orang Asli Kedaik, Rompin, program itu menjadi landasan kedua-dua pihak untuk menjalin semangat ukhwah. Penasihat Probasis, Mohd Hazely Abdul Rahim, berkata program itu sebagai wacana membantu pelajar PMS membina kemahiran dan kemantapan jati diri dengan melaksanakan khidmat komuniti bersama masyarakat luar.



Beliau berkata, pelajar bukan saja dapat mempraktikkan ilmu dipelajari secara praktikal malah merasai pengalaman sebenar hidup bersama masyarakat luar.

“Pada masa sama, ia memberi peluang kedua-dua pihak menjalin kerjasama melalui pelbagai aktiviti seperti interaksi, khidmat komuniti dan sebagainya. “Ia tentunya memberi pengalaman baru kepada mereka selain menjadi bonus kepada pelajar untuk membina kemahiran diri dan sikap bertanggungjawab dengan komuniti luar,” katanya.

Seramai 50 pelajar PMS terbabit dalam program dua hari itu dengan pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya sukaneka , persembahan kebudayaan, aktiviti gotong royong dan melukis mural di SK Kedaik.


Sumber: Harian Metro Online 

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment