Menyedari kehendak masyarakat awam yang menuntut kemudahan semasa berurusan dengan kerajaan, KPT sekali lagi mendepani cabaran itu dengan menjalinkan kerjasama strategik dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam urusan bayaran balik pinjaman pelajaran KPT. Dengan kerjasama ini, para peminjam pinjaman pelajaran KPT program peringkat sijil dan diploma di kolej komuniti/politeknik yang ingin menjelaskan pinjaman mereka secara tunai boleh berbuat demikian di kaunter PTPTN di setiap negeri.
Kaedah ini akan mula dilaksanakan bermula 1 Disember 2012 dan melibatkan semua cawangan PTPN di seluruh negara.
Antara kelebihan kemudahan bayaran balik ini ialah tiada caj perkhidmatan dikenakan di kaunter PTPTN pada setiap kali bayaran dibuat.
Para peminjam KPT hanya perlu melengkapkan borang bayaran KPT yang disediakan di setiap cawangan PTPTN dan mengemukakan bayaran yang dikehendaki. Transaksi bayaran balik dianggap berjaya setelah resit PTPTN diterima.
Sekiranya menghadapi masalah, sila nyatakan rujukan resit PTPTN apabila berurusan dengan KPT dan menghubungi Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik, Bahagian Biasiswa dengan maklumat perhubungan seperti berikut:
Talian Hotline: 03-8888 6787
Emel: enforcement@mohe.gov.my

Untuk senarai alamat penuh: Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran KPT Secara Tunai Di kaunter Cawangan PTPTN!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment